China melenting dan arahkan kapalperang ke Laut Kuning

Thursday, September 2, 2010


Sebelum ini pemerintah Beijing telah memperingatkan Washington bahawa jika Amerika Syarikat terus lagi membuat latihan ketenteraan dengan Korea Selatan di Laut Kuning, Kami tidak teragak agak untuk mengerahkan kapal perang kami pula ke Laut Kuning.

Pemerintah Beijing sejak Rabu 1/9 kelmarin, memberi ingatan nya itu dengan mengarahkan angkatan laut nya ke perairan Laut Kuning. Armada Beihai angkatan laut Tentara Pembebasan Rakyat China (PLA) akan melancarkan latihan perang pula bermula Rabu hingga Sabtu depan di perairan lepas pantai timur dekat kota Qingdao.

Di pihak lain pula, Amerika Syarikat dan Korea Selatan kembali melakukan latihan tentera laut nya dalam aktiviti terbaru nya di Laut Kuning mulai Ahad ini 5/9 dalam satu latihan yg mempamirkan kekuatan terhadap Korea Utara, berikutan dengan tenggelamnya sebuah kapal perang Korea Selatan march lalu. Seoul dan sekutu-sekutunya mengatakan kapal perang Cheonan tenggelam akibat kena serangan torpedo dari kapal selam Korea Utara, tetapi Beijing menolak dakwaan yang berkait dengan insiden itu.

Bulan lalu, Korea selatan melancarkan latihan anti kapal selam terbesarnya termasuk latihan dengan menggunakan peluru hidup dekat persempadanan Laut Kuning yang membuatkan Korea Utara melepaskan tembakan artileri ke laut itu.

Para pengamat politik dan tentera menilai setiap latihan yang melibatkan AS dan sekutunya di Asia dan Pasifik, seolah olah merupakan bentuk serangan terhadap kepentingan Cina di kawasan itu. Cina menganggap kawasan itu sebagai sebahagian dari Zon Ekonomi Eksklusifnya.

Latihan tentera yang melibatkan AS di Laut Kuning adalah masalah sensitif karena perairan itu dekat dengan Cina dan sempadan maritim yang dikaitkan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Menurut Cina, kehadiran AS di kawasan Asia Pasifik akan merosak keamanan dan kesetabilan di rantau itu.

Sikap AS dalam mengadakan latihan ketenteraan itu adalah bertujuan menghentikan program nuklear Korea Utara, dan pada dasarnya begitulah cara Amerika terhadap musuh musuh nya. Sebab menurut dakwaan Washington sendiri, Beijing punya peranan penting dalam meyakinkan Pyongyang untuk meninggalkan program nuklearnya. Cina menyakini keupayaan AS di kawasan hanya untuk mengembangkan pengaruh dan melebarkan sayap pengeasaan sahaja. Target jangka panjang tujuan AS di kawasan adalah untuk memperlekehkan pengaruh Cina.

Keputusan AS menjual senjata-senjata canggihnya ke Taiwan bernilai million dollar juga telah memaksa Cina menangguhkan kerjasama tenteraya dengan negara itu. Bagaimana pun selama Beijing dan Washington tidak menyelesaikan masaalah nya dengan Taiwan, maka perselisihan lama kedua negara tidak akan berakhir. Pegawai tentera AS berkata masaalah dengan Korea Selatan dan Korea Utara termasuk ketegangan yang boleh berlakunya kekacauan di Asia Timur.- mengejarcahaya/irib