Barat tak senang duduk dengan kelibat Ahmedinejad di PBB

Sunday, September 26, 2010


Kehadhiran Ahmedinejad di persidangan PBB New York kali ini cukup menggetarkan beberapa orang pemimpin dunia. Semalam Obama sendiri telah membidas balik pidato yg disampaikan oleh Presiden Iran itu. Sehinggakan Timbalan Perdana Menteri Britain Nick Clegg menganggapkan Ahmedinejad ini ‘anih dan menyakitkan hati’.

Sehingga kini ketika berada di New York Ahmedinejad menjadi tumpuan para pemberita tempatan dan dari seluruh dunia diatas ‘keceluparan’ beliau membidas isreal dan Amerika Syarikat.

Kemahiran nya berbahas pernah membuatkan 27 orang delegasi keluar dewan baru baru ini. Beliau banyak menekan isu yang berkisar dengan Susana di Palestin, Afghanistan, Iraq dan program nuclear dinagara nya sendiri.

Sebelum itu Ahmedinejad sudah berjanji yg beliau akan terus menggemburkan kes peristiwa 11 september di WTC yang banyak menimbulkan kecurigaan.

Beliau membuktikan dalam hujahnya dan hurainya itu berjenaan kes 11 september benar benar banyak mengejutkan beberpa pihak yg lain. Beliau menjelaskan secara perperinci apa yg di katkan nya sebagai ‘mencuriga’ berkenaan kes tersebut.

Ahmadinejad dalam hujahnya di Majlis Umum PBB itu melontarkan beberapa persoalan. Tambah nya, "Ada beberapa pertanyaaan berkenaan kes itu dsehingga kini tidak terjawab. Pertama; Bukankah akal kita pertama nya menilai adanya investigasi menyeluruh oleh pasukan pasukan indipenden yang kemudian mengindentifikasi para penyerang dan merancang agenda logik untuk mengetahui para perancang insiden itu?

Kedua; Okeylah kita anggapkan saja bahwa pandangan AS itu diterima. Akan tetapi apakah sekumpulan teroris itu harus diserlah dengan agresi, perang terorganisasi dan pembunuhan ratusan ribu orang awam?

Ketiga; Apakah tidak mungkin menyikapi kumpulan penyerang itu seperti sikap Iran dalam menangkap kelompok teroris Rigi yang membunuh dan mencederakan 400 rakyat awam tak berdosa? Dalam operasi itu, tidak adapun korban orang awam."

Ahmedinijad juga bertanyakan peristiwa Holocaust yang membuat para Zionis Israel menjadi geram dan beliau menambahkan lagi "Jika Holocaust itu terjadi di Eropah, mengapa bangsa Palestin yang harus menanggung dosanya?."

Ahmadinejad juga mempertanyakan mengapa upaya mengungkap kasus itu berujung pada penangkapan terhadap para peneliti dan pakar sejarah. Semua ini menunjukkan adanya kesangsian atas kebenaran peristiwa tersebut.

Dengan retorik Ahmadinejad itu, Dunia Islam tidak lagi disibukkan dengan isu-isu yang dibuat Barat seperti terorisme hak asasi manusia dan isu lainnya. Kini, giliran Barat harus memeras pikiran untuk menjawab apa yang dikembangkan oleh Ahmadinejad.

Kunjungan Ahmadinejad kali ini benar-benar mengejutkan banyak pihak, dan boleh juga di anggapkan sebgai ‘berjaya’ memanaskan kerusi beberapa delegasi barat, bahkan beliau berhasil membongkar ‘kejahatan’ Barat. Ahmadinejad tampil yang menyuarakan kebenaran di sarang kebatilan. Tidaklah hairan bila delegasi negara-negara Barat tak senang duduk ketika mendengar ucapan tegas Ahmadinejad di majlis itu. – editor/radioiran