Ahli Parlimen Tom Yam

Tuesday, November 3, 2009


Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz  (BN-Sri Gading) mendakwa masakan tomyam campur  boleh membawa banyak penyakit kepada penggemarnya. Katanya lagi, pekara ini perlu dibawa kepada penyiasatan dan diberikan pengesahan oleh Kementerian Kesihatan.

  

Yang nyata pekara ini bakal menjejaskan perniagaan  sebahagian besar dari kedai makan atau restoran di Negara ini. Kenapa pula hanya di sebut hanya tomyam campur sahaja? Apakah tomyam yang tak campur resepi nya berbeza? Hendak dikatakan ahli parlimen Sri Gading itu hanya membuat lawak saja, tak mungkin.

 

Kalau di negara Thailand jika ahli parlimen Sri Gading membuat kenyataan begini, tidak tahulah apa cerita nya nanti.

 

PERTOM adalah Persatuan Pengusaha Tom Yam di Negara kita, dan penaung nya adalah  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

 

Presiden Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Mohammad Ab Rahman berkata, kenyataan wakil rakyat itu adalah satu kenyataan melulu dan tanpa bukti yang kukuh, secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan ahli-ahlinya. Beliau juga berkata sepatutnya sesaorang itu membuat kajian terlebih dahulu, sebelum membuat kenyataan.

Mengeluarkan fakta fakta tanpa penyelidikan, boleh membawa hati terguris kepada beberapa pihak lain.

 

Masakan tomyam sudah berpuluh tahun terkenal di Negara ini dan ianya berasal dari dari Negara jiran, Thailand. Kenapa baru sekarang di bangkitkan oleh Datuk Mohamad Aziz?

Yang pelek nya hanya tomyam campur sahaja. Apakah bezanya dengan tomyam tidak campur? Resepi nya adalah sama, yang campurnya adalah daging ayam, daging kerbau, udang, ketam dan sebagai nya. Sila kaji selapis lagi, semua makanan boleh mendatangkan penyakit, tetapi kenapa hanya tomyam campur saja yang perlu di ambil kira?

 

Ahli parlimen Sri Gading itu juga berkata “Apa yang kita harapkan dapat duduk berbincang bersama dengan jawatankuasa Pertom dan menjelaskan fakta tomyam campur boleh membawa penyakit,” mengikut lapuran sebauh akhbar tabloid.