Persepsi salah kata Tuan Ibrahim di Taman Melewar

Monday, November 9, 2009


Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di pusat tarbiyah Pas Taman Melewar berkata “tanggapan dan persepsi salah terhadap parti dan kepimpinan perlu di atasi dari merosak dan merebak terus merporakperandakan parti itu sendiri”.

  

Ahli ahli Pas yang mempunyai akhlak jemaah perlulah di jaga dan sebarang perselisihan eloklah di selesaikan mengikut saluran saluran yang ada. Islam melarang membuat fitnah, menyebar mahupun mengundang untuk berlakunya fitnah, dan ini amat perlu di elakan. Apabila berselisih pendapat, terlalu emosi dan sahabat sahabat dalam jemaah terus di hentam dan terus tersiar dilaman laman yg ada. Kita ada saluran nya.

 

Makan timbul dan terjadilah pekara pekara sebegini. Dalam ucapanya itu Tuan Ibrahim turut menyentuh pimpinan Pas dan para ahli agar tidak leka dan hanyut dengan pujian yang mengundang rebah.

 

Kepada para penceramah eloklah memastikan kepada hujah hujah yang disampaikan itu, jangan sekadar ‘syok sendiri’ dan tambahnya lagi, “ceramah Berjaya mengukuhkan semangat antara kita, tetapi belum tentu dapat menarik kepada genarasi genarasi baru yang lain”.

 

Maklumat malumat yang disampaikan dapat berkembang dan menarik setengah setengah golongan yg lain. Sudah banyak dan acapkali menerima pelbagai rintangan dan fitnah dari pihak lain, kita yakin dan Insya Allah dapat di uruskan serta hadapi dengan baik menyelesaikan nya.

 

- olah s/harian8/mamat