Pergolakan Pas Semakin Keras di manafaatkan Umno

Thursday, November 12, 2009

Dalam masa sebulan dua ini politik di tanah air kita terus bergolak deras, bulan lalu percaturan MCA dilanda arus pergolakan nya dan sehingga sekarang jalan penyelesaian terus di cari. Mesyuarat tergempar di adakan bagi meredakan suasana yang ada.

 

Di sambung pula oleh PKR dengan ‘percutian 6 bulan Datuk Zahid Ibrahim’ dan berlanjutan dengan perlantikan Tamrin dan perletakan jawatan Jefrey Kitingan di Sabah, dan ..

  

Kini Pas pula mengambil tempat dengan pemasaalahan yang lebih keras,  mesyuarat khas di adakan segera dengan saranan Mursyidul nya Nik Aziz. Tiga calun utama yang diberi perhatian kerana di katakan ‘punya agenda lain’ dalam Pas, Nasharudin Mat Isa, Mustapha Ali dan Hasan Ali yang di beri perhatian, hasil nya Datuk Hasan Ali di berikan surat tunjuk sebab.

 

Dengan tidak semena mena timbul pula ‘kes bai’ah’ dalam jemaah Pas. Datuk Khaled Samad yang di katakan telah membuat kenyataan “ada perjanjian taat setia kepada  suami nya sebagai ADUN Pas”, ''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami'," katanya akhbar Utusan Malaysia.

 

Kenyataan ini di manafaatkan oleh Zukifli Nordin ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (PKR), yang di muatkan dalam blog nya. Kelam kabut pula pimpinan untuk membuat kenyataan balik untuk menjernihkan nya. Di luar Parlimen semalam, Zukifli Nordin dengan Sivarasa pula berbalas cabaran agar masing masing melepaskan jawatan. Anwar Ibrahim pula sebuk untuk meleraikan mereka.

 

Arus terus berkocak, suasana Perbadanan Menteri Besar Kelantan PBMK pula menggantikan tempat. Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dalam dunia blog sebagai Blogger Kickdefella  telah di pecat perkhidmatan nya sebagai  Pegawai perhubungan.

 

Pergolakan beliau dengan Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekuran dari serbuan SPRM ke pejabat MB Kelantan itu. Blogger Kickdefella   menerima tamparan dan di pecat dari PBMK.

 

Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak teragak agak untuk mendedahkan salahlaku dalam pengerusan pejabat itu katanya dalam siding akhbar semalam . Syed Azidi juga menjelaskan, yang beliau tidak ada kena mengena dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM ke atas PMBK malah tidak terlibat pun dalam membawa SPRM masuk untuk menyiasat PMBK.

 

 

Syed Azidi menuntut perletakan jawatan Mohd Ariffahmi sebagai ketua pegawai eksekutif PBMK demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz sebagai ketua pentadbir negeri.

 

Maka disini Utusan Malaysia dan rakan sealiran nya atau Umno ‘am nya terus melonjak gembira mengisi ruang untuk memutarkan kemelut yang dihadapi Pas ini. Mereka saban waktu menanti peluang sebegini untuk di manafaatkan. Bekerja keras pula pembangkang untuk menyejukan nya.