Penulis blog perlu bertanggungjawab kata Wan Sukairi

Sunday, November 1, 2009

Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga sebagai setiausaha Dewan Pemuda Pas Terengganu,  berharap agar penulis blog dapat bertanggung jawab terhadap apa yang ditulisnya serta disiarkan didalam blog. Ini kerana ada diantara tulisan itu boleh mengelirukan orang ramai.

 

Sementara itu ahli parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata "mesyuarat khas baru baru ini adalah merupakan mensyuarat tertutup dan apa yang terjadi tidak perlu dibawa keluar serta menjadi buahan media" biarlah pemimpin yang menyelesaikan nya, semasa di hubungi semalam. Begitu juga dengan Nik Abduh turut meluahkan dengan apa di penulisan blog yang mengaitkan peringkat kepimpinan parti sehingga mencetuskan kemelut dalaman.


Setiausaha Dewan Pemuda Pas Terengganu itu juga mengiyakan pandangan oleh Nik Abduh itu. Tambahnya "secara umum nya, setiap penulisan kena  bertanggung jawab dengan apa yang ditulisnya itu, jika benar ia menjadi pekara yang baik dan jika disebaliknya mereka perlu bertanggung jawab tentang apa yang di tulisnya itu".


Salahudin Ayub berkata "dalam blog Malaysia Waves pula mendakwa  sebanyak 75% ahli mesyuarat pada malam itu berkehendakan Hasan Ali di gugurkan dari jawatan pesuruhjaya Pas Selangor". 75% dari jawatankuasa yang bercakap pada malam itu hanya Mustafar Ali dan Abu Bakar Chik sahaja yang mempertahankan Hasan Ali kata blog berkenaan.


Bukan bermakna tidak boleh dikritik, tetapi biarlah betul dan berkesesuaian. Jika mewujudkan kata kata yang tidak berasas ianya boleh menimbulkkan perbalahan yang mana pada asal nya tidak berbalah.

- adiptasi sht31/10