Beberapa hari lalu, kalau tak silap pada selasa 10hb November satu kejadian yang sungguh mencemaskan berulang lagi untuk kali ketiga nya di bangunan Casa Limbong, yang juga merupakan satu komplek pusat beli belah yang terletak di jalan Lebai Saras Kemaman. Bangunan ini terletak betul betul di belakang komplek belibelah yang terawal dibina di Kemaman, iaitu Kemaman Center Point, yang juga turut mempunyai sejarah nya yang tersendiri.
Satu lagi awning yang terletak di sebelah kanan depan bangunan itu telah roboh, lebih kurang pada jam 10.30 pagi.
Lebih kurang tiga tahun sudah komplek tersebut di rasmikan bagi para peniaga menjalankan aktiviti perniagaan nya. Setelah setahun bangunan tersebut di gunakan, saya dan beberapa orang sahabat yang sedang menjamu selera di sebuah gerai di bangunan itu agak terperanjat apabila atap yang di perbuat dari ‘transparent pvc’ tiba tiba retak dan jatuh lebih kurang 10 meter dari meja kami yg sedang minum.
Orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian turut terkejut dan mereka tertanya tanya bagaimana bangunan yg usia masih muda itu telah mengalami masaalah yang begitu membahayakan. Saya sempat juga merakamkan kejadian runtuh itu dengan handset saya, tetapi agak dukacita kerana gagal disiarkan dalam artikel ini kerana handset tersebut sudah lama di jual dan segala gambar gambar itu yang berada dalam memory kad nya turut dijual bersama nya.
Bangunan Casa Limbong yang dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Kemaman itu, di sediakan untuk para peniaga bumiputera dan sekarang telah di lengkapi dengan system radio serta kerja kerja persiapan untuk pemasangan CCTV.
Pada 2008 satu awning yang di pasangkan di sebelah kiri bahagian depan bangunan itu telah roboh dan menghempap lantai kakilima bangunan tersebut. Hal ini cukup membimbangkan kepada para peniaga dan orang ramai yang lalu di kakilima kedai di bahagian tingkat bawah.
Bayangkan kalau kayu beluti yg berukuran 3X6 inci serta atap genting yang digunakan itu roboh dan menimpa orang yang lalulalang atau kanak kanak di bawah? Syukurlah tiada kemalangan ketika itu.
Selepas itu runtuhan nya di alih dan di bersehkan, namun ianya gagal untuk di jadikan sebagai pengajaran, terutama nya kepada pihak pengurusan bangunan itu atau MPK khas nya. Apabila tidak berlaku sebarang kecederaan dalam insiden tersebut, ia nya senyap begitu sahaja.
Dua pengajaran lalu tidak di pergunakan dan pada 10 hb lalu sekali lagi kejadian yg serupa berlaku, perbezaan nya hanya kedudukan yg di sebelah kanan pula. Seandainya berlaku kemalangan barulah tindakan keselamatan di ambil. Apalah sangat kalau di bina dengan kukuh akan awning tersebut. Dengar ceritanya bangunan itu kelulusan CF nya masihlagi menjadi tandatanya. Untuk menjimatkan kos, keselamatan di abaikan.
Kekuatan awning yang di lekatkan pada dinding tinggi itu boleh dipertikaikan. Jika menggunakan paku dan sekeru atau pun wallplug kecil, hujan dan panas silih berganti alamat usianya tidak lama untuk menampung beban yg agak berat. Apatahlagi awning tersebut menggunakan atap genting.Kalau pembinaan tidak mengikut spesifikasi beginilah hasil nya.
Terengganu sudah terkenal dengan ‘siri keruntuhan bangunan nya’, termasuklah keruntuhan bumbung bangunan sekolah Menengah Wakaf Tapai ,april 2008, bumbung Stadium Sultan Mizan pada 2hb Jun lalu dan trajedi keruntuhan bumbung masjid Kampung Batu Putih di Kerteh Kemaman pada 3-10-2009 laludan yang paling terbaharu kejadian yang menimpa di komplek ITC Kemaman, semalam. Beberapa kejadian itu pun sudah kuat alasannya untuk kita berhati hati dengan kewibawaan kontrator nya mahu jurutera yg meluluskan. Yang nyata di belakangnya ada ‘tangan ghaib’ yang duduk disebalik tabir.
Amat dukacitalah dengan dengan kekuatan yang ada MPK jika begini hasil nya untuk kemudahan rakyat tempatan. Keselamatan bangunan yg ada di abaikan, konon nya untuk kesejahteraan rakyat. Hanya keuntungan yg di cari, itu belum lagi di ambil kira dengan dengan bangunan di sebelahnya iaitu Kemaman Center Point, yg sehingga kini belum siap sepenuh nya tetapi telah di gunakan sudah sekian lama. Bila di ajukan bagimana dengan CF nya, depa melenting nak marah.
Sehingga kini kejadian tiga keruntuhan di bangunan Casa Limbong itu, tidak di siarkan di mana mana akhbar (tak terbaca) pun. Kalau di ketahui ramai, lain pula cerita nya. Walaupun keruntuhan itu hanya terlibat di bahagian bahagian kecil sahaja, tetapi ianya boleh melibatkan kematian serta tidak mustahil ianya melarat ke bahagian lain mahupun ketahanan struktur bangunan itu sendiri.
Selepas ini hanya tunggu dan lihat saja bangunan mana lagi yang bakal menerima nasib yg sama. Secara tidak langsung kita semua boleh fikirkan mengapa ianya boleh terjadi. Adakah kerana kontraktor, ataupun tangan tangan lain yang mengelolakan nya. 1Malaysia!