Robot buat lapuran Polis di Sabah

Thursday, November 26, 2009



Sekarang sudah pun masuk cuti persekolahan dan besuk kita bagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban. Sudah menjadi 'tradisi' apabila tiba  nya cuti pesekolahan, kita semua sering menerima jemputan majlis perkahwinan. Baru baru ini beberapa majlis perkahwinan di adakan di Pantai Timur Semenanjung, yang mana ada pengantin 'bermain' air banjir di Sg.Ular Kuantan, dan ini lain pula yang berlaku kepada keluarga Robot di Sabah.


Seorang petani yang tinggal di Kg Masanoi, Robot bin Ongkong, 55, telah membuat laporan Polis pada Isnin berikutan kegagalan anak gadisnya yang berusia dalam lingkungan 19 tahun (pelajar lepasan SPM) pulang kerumah mereka sejak November 1, 2009.

Anak gadis beliau yang bernama, Julia bte Robot 19, yang sepatutnya akan mengikat tali pertunangannya dengan seorang jejaka pilihannya sendiri pada November 14, 2009 terpaksa ditangguhkan kerana Julia tidak kembali ke rumah sejak dari tarikh anaknya keluar rumah.

Bagaimana pun Robot menafikan andaian yang anaknya mungkin tidak berkenan dengan jejaka yang bakal menjadi tunangannya yang juga rakyat tempatan menyebabkan anaknya melarikan diri, kerana mereka saling berhubung dan bermesraan sebelum itu.

Robot yang kelihatan sedih, merayu kepada sesiapa yang mengenali anaknya supaya menasihatkannya agar balik kepangkuan keluarganya di Kg Masanoi atau menghubungi beliau di talian 013-5477053/019-8634288.



Beliau turut memberi jaminan akan sedia berunding dengan mereka (anaknya atau bakal tunangannya) berhubung masalah pertunangan mereka atau masalah lain atau sebaliknya.

“Tiada sesuatu perkara yang tidak boleh dibincang malah semua masalah juga boleh dibincang..tetapi kita kenalah sama sama berdepan untuk membincangkannya,” kata beliau.

“Saya tidak menyangka yang bukan bukan terhadap anak saya, tetapi mungkin juga dia ada bersama dengan bakal tunangannya tetapi mereka merahsiakan dimana mereka berada, malah telefon bimbit mereka pun tidak dapat dihubungi sehingga kini dan mungkin juga nombor sudah ditukar, khuatir mereka dapat dikesan” jelas Robot.

Robot yang boleh dihubungi melalui telefon bimbitnya 013-5477053 dan 019-8634288 meminta kerjasama daripada orang ramai yang mengetahui di mana mereka berada supaya menghubunginya dengan seberapa segera.


- karangan asal Mailmathew/mcahaya