SATU rencana yang ditulis oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Beliau menulis isu politik tapi diperkuatkannya dengan bersenjatakan semangat Melayu dan Islam untuk menyatukankan kefahaman orang Islam di negara kita antara lain beliau menulis:-
HALIK ZAMAN: Dr. Ridhuan menulis dengan menggunakan psikologi untuk mempengaruhi orang Islam agar tidak bersama DAP yang menggunakan lambang roket lalu mengajak orang Islam bertukar kapal bersama UMNO scara tidak langsung. Rakyat Malaysia terutama Melayu dan Islam sudah cuba menaiki kapal layar tapi pecah karam ditengah lautan. Perjuangan orang Melayu Islam sudah hampir mati lemas.
Setelah gagal Perikatan yang berlambangkan 'kapal layar' untuk membantu rakyat, orang Melayu semacam Tipah tertipu lagi bersama 'Dacing' Barisan Nasional. Perjuangan Perikatan/BN selama 62 tahun sedikit untuk 'rakyat' banyak untuk mengkayakan 'para pemimpin dan kroni' sahaja. Para pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang tidak tahu berubah. Cakap sahaja mereka dan UMNO mahu berubah.
Orang Melayu dan Islam bukan berniat nak naik roket menuju kebulan bersama DAP, tapi orang Melayu dan Islam sudah muak dengan gaya hidup para pemimpin UMNO penuh dengan kepura-puraan dan rasuah, menyalahgunakan kuasa, tindas menindas, fitnah memftnah. Mereka berjuang dalam UMNO untuk diri sendiri dan kroni sahaja. Dunia UMNO sebuah dunia elit, tidak secocok dengan dunia orang kampung yang kais pagi makan pagi belum tentu makan petang.
DR. MOHD. RIDHUAN TEE: Tidakkah kita boleh duduk semeja dan berbincang untuk ke destinasi tersebut. Kalau pun tidak mahu menaiki bersama, sekurang-kurangnya mulakan langkah pertama, bersua muka atau duduk semeja membincangkan apakah langkah terbaik untuk sampai ke destinasi? Jangan terus bersangka buruk? Kenapa boleh bersangka baik dengan musuh yang sudah jelas niat buruknya?
HALIK ZAMAN: Rakyat telah memberi peluang selama 62 tahun kepada UMNO. Tapi para pemimpin UMNO hanya perlu dengan rakyat cuma semasa PRU sahaja. Ketika UMNO dalam keghairahan kekuatan orang Melayu, para pemimpin UMNO sudah lupa hendak runding duduk semeja. Sekarang bila hampir terkubur sudah UMNO baru mahu bermain psikologi, minta berunding duduk semeja.
Suatu hari dulu, PAS pernah dalam Barisan Nasional, tapi bila UMNO rasa sudah kuat, para pemimpin UMNO tendang PAS keluar dari BN, kenapa ketika itu para pemimpin UMNO tidak minta runding duduk semeja? Sekarang ini para pemimpin UMNO rasa tanpa PAS mereka tidak terdaya mahu tubuh Kerajaan pada PRU13 nanti, maka PAS dijadikan sebagai kambing hitam atau batu loncatan sekali lagi oleh para pemimpin UMNO.
DR. MOHD.RIDHUAN TEE: Saya bukan menolak negara Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji politik, saya membaca realiti politik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat umat Islam berpecah.
HALIK ZAMAN: PKR dan PAS Bergabung politik dalam Pakatan Rakyat dengan DAP bukan bererti perpecahan orang Melayu ia sama juga UMNO bergabung dalam BN dengan MCA, Gerakan, MIC, PPP, PBS, PBRS dan UPKO. Apa bezanya dengan UMNO?
Para pemimpin UMNO kini terasa dalam BN semacam kehilangan dominan maka adalah mustahak bagi para pemimpin UMNO cuba menjahanamkan pengaruh PAS dengan apa cara sekalipun untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan PAS bersama BN. Mereka tahu hari ini tanpa sokongan PAS para pemimpin UMNO macam tikus basah menghadapi para sekutunya dalam Barisan Nasional.