Pejuang Bangsa Pengkianat?

Monday, November 2, 2009


MEREKA yang berjuang kerana menegakkan kepentingan bangsa, suku atau kelompok tertentu adalah pengkhianat kepada Allah SWT. Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Abd. Ghani Syamsudin ketika menyampaikan takzirah subuh di Ranau.

 

Tugas utama seorang Muslim adalah memantapkan iman dan Islam, bukannya memperkukuhkan persoalan yang kecil seperti bangsa. Allah telah mengutuskan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini dan menjadi kewajipan bagi manusia untuk menegakkkan kuasa Islam. Malah berjuang menegakkan kuasa Islam merupakan bukti seseorang Muslim itu beriman kepada Allah. Natijah daripada perjuangan Islam ini bukan sekadar menyelamatkan manusia daripada kehancuran tetapi turut menyelamat makhluk-makhluk lain seperti jin, binatang dan alam semesta.

Persiapan Muslim

Perjuangan Islam menuntut pendokongnya Istiqamah dalam mempertahankan prinsip -prinsip perjuangan. Amat hina sebagai seorang pejuang yang suka lompat dan melompat demi mencari kesenangan dalam berjuang. Selain itu, tautan ukhwah antara pejuang juga menjadi resepi penting ke arah mempersiapkan pejuang agama yang hebat.



Perasaan taqarub kepada Allah dengan mengamalkan doa-doa mathurat pada waktu pagi dan petang dapat memperkukuhkan jiwa pejuang. Gunung-ganang yang memasak bumi sekarang akan memberontak sekiranya manusia terus mengkhianati Allah dengan meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya. Kasih sayang Allah dengan nikmat yang tidak terhingga ini mesti dibalas dengan cara menegakkan agamaNya.

- Oleh: ZAIDI MUSTAPHA/S/kini2910