AMK Johor meradang & terimakasih Moderator Tranungkite

Wednesday, November 25, 2009



Alhamdulillah walaupun Anwar hanya dapat memberikan ceramah sekitar 10 minit, tetapi aura semangat yang ada pada DSAI meresapi kepada seluruh jiwa anak muda, walaupun pelbagai dugaan kami terima (AMK JOHOR) tapi kami berjaya, berjaya membawa Anwar ke Kulai dengan selamat berhadapan dengan 'ikan bilis' Pemuda UMNO yang bangang dan jahil dengan undang-undang.

 

Kehadiran DSAI di Tapak Ceramah laungan 'Reformasi' lebih kuat bergema di tapak ceramah berbanding laungan 'anwar pengkhianat' dan 'kaki bontot'.Laungan reformasi digemakan tanpa wang ringgit sesen pun sedangkan laungan 'Setan' daripada orang UMNO berbayar. SJ nak tegaskan di sini bukan DSAI yang pengkhianat tapi tu si jahanam Muhyiddin yg Bengkak!!

 

Hoi 'anak bilis' UMNO, sedarlah bahawa pengkhianat sebenar adalah pemimpin kamu, si bengkak itu bukan sahaja pengkhianat bangsa malah pengkhianat AGAMA!! Si Bengkak lah yang menukar hari cuti Umum orang Islam daripada hari Jumaat ke Ahad. Kamu orang UMNO yang bercakap berapi kononnya mempertahankan agama?  nah jangan buta sejarah, SJ nak siapa-siapa orang UMNO yang tidak tahu tentang ini atau sudah lupa sila ingat kembali. Peristiwa penukaran hari cuti umum dari hari Jumaat ke Ahad berpunca daripada Muhyiddin Pengkhianat. Jadi terbuktilah bukan DSAI pengkhianat tapi Muhyiddin Bengkak yang melaungkan DSAI pengkhianat!!!

 

Setibanya Anwar  ke pentas ceramah, 'Kudeta-kudeta BN Durjana’ telah tunggu menyambut ketibaan DSAI!!,  SJ bersama rakan AMK yang lain hanya tertawa melihat telatah kudeta BN yang terkulat-kulat menjawab soalan DSAI,  SJ dengar dari rakan yang duduk di daerah Kulai OC tersebut sedang baru nak naik pangkat, jadi kipas pun kena kuatlah paham-paham sahaja.

 

Sebab tu dahlah pengalaman tak ada bila Anwar berhujjah memberikan jawapan yang benar si OC hanya menjawab 'tak boleh , tak boleh dan tak boleh itu sahaja jawapan yang mampu di berikan, Anwar memberikan kata dua kepada OC, Tuan ada surat atau apa-apa dokumen yang mengatakan permit ceramah tidak ada dan ceramah tidak dibenarkan?? OC hanya jawab ada di Balai, Anwar cakap kalau macam tu sila berurusan dengan peguam saya, DSAI terus naik ke -pentas memberikan Ceramah, Si OC hanya memberikan selama 10 minit untuk DSAI berucap.

 

Gempitakan kawasan ceramah,  Amanat Anwar kepada AMK Johor, jika ada sebarang program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO silakan kita membuat demontrasi bantahan, kita lihat apa Polis-Polis akan buat, adakah dia akan halang atau meneruskan program mereka?..AnwarI juga berjanji yg beliau akan terus menyerang Johor dan akan turun lagi selepas ini.

 

Ingat Pemuda UMNO, selagi DSAI  kami tidak berada di jeriji besi Pahlawan kami akan turun lagi ke Johor untuk memastikan UMNO Johor akan terkubur pada PRU 13 akan datang. SJ dan rakan AMK Johor yang lain akan pastikan DSAI akan terus turun ke Negeri Johor..

 

Kami tidak takut, kami tidak gentar kami akan Lawan ,Lawan, dan akan terus lawan sampai menang. Nasihat kepada UMNO Johor jika selepas ini hendak buat demo sila datang berjumpa dengan kami, kami akan 'ajar' bagaimana untuk buat demo, bukannya gunakan budak-budak hingus, kesian UMNO Johor walaupun duit menjadi habuan tapi tak dapat juga kumpul 500 orang pun... balik rumah duduk tengok TV durjana korang lagi bagus!!!

 

Walaupun hanya 10 minit DSAI menggemakan suaranya di pentas yang telah kami buat, kami anak muda PKR Johor berasa teramat gembira walaupun sebenarnya kami tidak puas mendengar suara penasihat PKR itu !!Suara Anwar, kami sepatutnya berkumandang di bumi Kulai ini sehingga jam 12 malam, tetapi disebabkan kesialan dan 'keBerukkan' ikan bilis UMNO yang buat kacau perkara itu tidak terjadi.

 

Sekali lagi amaran kepada UMNO Johor, kami AMK akan terus membawa Pahlawan kami ke Johor  kita lihat siapa anak jantan!! jangan hanya tahu bermain dengan anak-anak kecil..Sila turun wahai panglima UMNO, itupun kalau lah UMNO ada Panglima!!

 

Akhir sekali SJ mewakili seluruh rakan-rakan AMK Johor mengucapkan setinggi tahniah kepada sesiapa sahaja yang terlibat menjayakan program ini walaupun tidak berakhir dengan seperti dirancang. SJ turut merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada 'Tok Jongos' Moderator dari website panas iaitu Tranungkiteonline kerana bersama-sama membatu promosi ceramah DSAI di Kulai ini.

 

Kita bertemu lagi di Jelajah yang akan datang!! dengan jentera AMK yang datang semalam SJ yakin program seperti ini amat mudah berjalan jika AMK bersatu hati sebagaimana yang berlaku semalam. 'Jadikan itu titik tolak untuk bersatu hati demi kejayaan'-Kata-Kata daripada Ketua AMK Johor Bro Zabidi Abbas!!!

 

- petikan AMK Suarajohoronline