DSAI tiba di Johor jam 5.30 petang di Plaza Tol Ayer Itam, setibanya DSAI ke Ayer Itam, SJ (Suara Johor) dan rakan-rakan terus membawa DSAI ke Konvensyen PKR Johor di Kluang. DSAI berucap di sana membakar semangat kepada para hadirin yang hadir, kedatangan di sana agak memuaskan. SJ meneruskan perjalanan membawa DSAI ke Masjid berdekatan kerana waktu maghrib dah tiba. elesai solat kami bergerak ke satu kawasan warung, DSAI nak pekena teh panas sekejap. Masa kat sini ramailah yang mengambil kesempatan ambil gambar kenangan dengan DSAI.
Program berdialog bersama kaum cinda di Layang-layang, Dato' Chua Jui Meng Hero Cina terus membakar semangat kaum cina agar terus memberikan sokongan kepada DSAI, dalam ucapannya, DSAI menekankan agar kaum cina jangan terikut dengan media durjana yang sering melaporkan berita fitnah terhadap Pakatan Rakyat.
Ketika di sana SJ dah berasa agak gusar sedikit kerana ada cakap-cakap yang DSAI akan batalkan perjalanan ceramah DSAI di Kulai.SJ paham DSAI cakap beliau tak mahu budak-budak AMK ditangkap kerana program tersebut,SJ bersama rakan yang lain berusaha untuk meyakinkan 'Pak Ucu' Pemandu DSAI keadaan di sana tenang.
Selepas berbincang agak lama akhirnya keputusan dicapai DSAI akan teruskan program di Kulai. Dalam lebih kurang setengah jam berucap kami bergerak pula ke Simpang Renggam ke rumah Saudara Ishak yang sudah menyediakan jamuan makan malam kepada rombongan,alhamdulillah di sana juga DSAI disambut oleh penduduk tempatan, Mudir Madrasah Masriyah Ustaz Abdullah Husain juga turut sama hadir memberikan sokongan kepada DSAI.Terima Kasih kepada saudara Ishak di atas jamuan makan tersebut.
Perjalanan kami diteruskan ke Kg Ayer Manis Kulai, SJ bersama rakan lain dari AMK Johor bersyukur kerana walaupun pada mulanya DSAI hampir tidak dapat menghadirkan diri ke Kulai atas sebab DSAI tidak mahu pejuang muda tertangkap dengan sia-sia, Ingat wahai orang UMNO yang ada masuk dalam blog SJ, SJ ingin mengingatkan jika DSAI tidak hadir bukan kerana takut dengan 'anak-anak ikan bilis kamu',tapi DSAI tidak mahu pejuang muda tertangkap dengan bodoh-bodoh sahaja.DSAI mahu kami anak muda akan terus berlawan dan berjuang untuk menentang 'cicak mengkarung UMNO'.
Kami anak muda Johor berterima kasih di atas 'Demonstrasi Bodoh' yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Kulai!!!SJ dan rakan hanya tertawa melihat telatah 'anak bilis' terpekik terlolong macam kena histeria!! Hei Pemuda UMNO Bangsat!! Jangan sesekali gertak kami,kami anak muda PKR Johor tidak akan pernah gentar dan InsyaALLAH tapak ceramah semalam akan kami jadikan Medan kami untuk terus membuat program di masa akan datang.Sejarah bermula di Kg Ayer Manis,Dari sana kami akan jatuhkan UMNO bangang di Johor!!
Ini Janji Anak Muda PKR Johor,Kami akan terus berlawan sehingga kami menang,kami tidak pernah takut dan gusar dengan tekanan yang kami terima ,ini jalan kami, kami akan meneruskannya. Ingat sekali lagi Pemuda UMNo, jangan cuba bermain api kelak membakar diri, semalam UMNO Kulai telah memalukan diri sendiri kerana mereka hanya dapat mengumpulkan 'anak-anak bilis' sahaja, mana pemuda UMNO yang sebenar?? dah tak ada teloq kata orang utara. SJ dan rakan AMK yang lain bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan semalam.
- petikan dari AMKSuaraJohor