Bajet kerajaan negeri Pahang 2010 telah pun di bahaskan di sidang DUN Pahang yang baru lalu. Ahli Dewan Undangan negeri Pahang Padang Tengku Datuk Ab.Rahman Mohamad telah membuat usul menuntut pembayaran royalty minyak daripada kerajaan Persekutuan.
Katanya hasil dari carigali minyak yang dilakukan di perairan Terengganu itu adalah bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang di sedut itu juga di hasilkan dari kawasan Pahang.
Ketika membahaskan dalam pembentangan bajet negeri itu, Ab.Rahman berkata adalah perlu melantik satu syarikat konsultan bagi mengkaji nya untuk penambahan pendapatan kerajaan negeri. Kerajaan negeri Pahang perlu menuntut hasil minyak itu kerana mungkin minyak yg dihasilkan di Terenganu itu juga mengalirnya dari negeri Pahang.
Negeri Terengganu di beri royalty, negeri Kelantan di beri ehsan mengapa pula negeri Pahang tidak di beri, Pahang juga berhak katanya lagi di sidang ketiga penggal kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 kelmarin.
- ref:sh