Datuk Najib 'paling ke belakang' di Sabah

Tuesday, November 10, 2009


 Foto Hiasan - Loji Janakuasa di China

Datuk Sri Najib perdana menteri kita seringkali di sebut sebut oleh Datuk Hishamudin  adalah orang yang berupaya untuk menyelesaikan  kemelut yang melanda MCA sekarang ini. Datuk Najib sendiri pun sudah acapkali berkata yang beliau tak akan campur urusan MCA kecuali di minta.

 

Sebenarnya betul ke yang Datuk Najib itu punyai kekuatan untuk menyelesaikan krisis itu? sehinggakan  orang yang punyai rekod buruk pun dimertabatkan di Bagan Pinang. Oleh kerana beliau sebagai Perdana Menteri, itulah yang Datuk Hishamudin Nampak dan kita ikuti lagi kesah nya.

   
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee turut mempertikaikan dayafikir dan kewibawan PM kita apabila Datuk Najib meluluskan pembinaan loji janakuasa arang batu di FELDA Sahabat dekat Lahad Datu Sabah. Majoriti rakyat Lahad Datu dan Sandakan menolak kreatiliti projek tersebut, kata Presiden SAPP itu.

Rakyat tempatan Sabah terasa macam di tekan untuk menerima projek janakuasa yang menggunakan system arangbatu, dan Datuk berkata “rakyat Sabah perlu bertolak ansur dan hanya loji seperti itu saja sesuai untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga di negeri ini”. Tidak boleh diterima sama sekali kata Teck Li ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan 2009 gabungan cawangan-cawangan SAPP bahagian Tanjung Kapor.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebagai ‘Menteri FELDA’ agak tegas, sepatutnya beliau perlu bertolak ansur dan membenarkan Sabah menggunakan sebahagian daripada gas asli negeri ini untuk membina loji janakuasa gas asli kerana lebih menjimatkan, mesra alam dan menggunakan bahan bakar bersumberkan gas asli keluaran tempata. Sabah antara pengeluar das asli yang terbesar din agar ini.

Loji yang menggunakan arang batu banyak menggundang pelbagai masaalah pada masa akan datang, selain mencemar alam sekitar, bekalan arang batu juga perlu diimport dari negara luar. Bekalan arangbatu perlu konsisten tetap ada manakala harga komoditi itu pula sering berubah dipasaran antarabangsa. Loji janakuasa gas asli lebih murah, kurang pencemaran dan menggunakan gas keluaran tempatan serta amatlah sesuai jika system arangbatu itu di tukar kepada penggunaan gas asli bagi menyelamatkan krisis tenaga di Sabah yang semakin meruncing. Sabah adalah pengeluar utama gas asli dan tidak ada sebab loji janakuasa gas asli tidak boleh dibina di negeri ini.

Kelantan, sebuah negeri yang dikuasai pembangkang selama 19 tahun tidak semiskin Sabah malah tidak menghadapi pelbagai masalah seperti di negeri ini, turut di sentuh oleh Teck Li presiden SAPP.

Sabah adalah negeri paling miskin di negara ini dan dihantui pelbagai masalah seperti bekalan letrik, air, jalan raya, sekolah, kesihatan, pendatang asing tanpa izin dan malangnya tidak dibenar menggunakan sebahagian kecil gas asli sendiri malahan dipaksa menerima projek sedemikian.

Loji Sistem arangbatu sudah melalui zaman nya dan Datuk Najib ingin memulakan kembali dan memilih Sabah untuk direalisasikan. Negara kita kan sudah berubah dan terus memburu 2020 dan bagaimana pemimpin kita berpaling kebelakang semula.