‘Keserasian’ orang Kelantan sukar dinafikan takkira dimana berada dimerata ceruk di Negara ini. Hubungan regu nya cukup baik walaupun diperingkat persekolahan mahupun seterusnya di maktab, kampus membawa ke kehidupan sejagat di negeri nya.
Seandainya berlaku sesuatu pekara kumpulan nya cepat menonjol, dan wadah itu terbawa sehingga ke peringkat pemerintahan kerajaan negari. Umpama nya negeri Kelantan, walaubagaimana corak serangan yang berbagi
Tetapi lain pula dengan Terengganu, walau pun pada piliharaya umum 2004 Cuma empat kerusi sahaja yang di berikan kepada BN, tetapi kekuatan nya goyah dan semangat rakyat nya luntur setelah pelbagai asakan dari Umno dan sekutunya dan merampas semula kerajaan negeri lalu memulang semula empat kerusi kepada Pas pada pilihanraya umum 2009.
Seterusnya kerajaan Pas Kelantan itu sendiri, setelah beberapa siri pergolakan dalaman nya di peringkat negeri mutakhir ini serta Nik Aziz juga menerima pelbagai kecaman dari
‘musuh tradisi’ nya Umno khas nya. Pemecatan ‘Kickdefella’ dari jabatan Menteri Besar, kes SPRM menyerbu Pejabat Menteri Besar sehingga perletakan jawatan menantu Nik Aziz sendiri membawa ke hasrat Tok Guru untuk berdoa ‘penurun bala’ kepada PM yang menzalimi kerajaan negeri dalam kes pemberian royalty yang tidak dilakssanakan. MB Kelantan itu menerima kecaman keras setiap hari sejak seminggu lalu.
Sehinggalah membawa ke kemuncaknya kelmarin setelah beberatus orang berhimpun di depan bangunan Kota Darul Naim membuat raptai membantah ‘doa’ Nik Aziz terhadap Datuk Najib. Kumpulan itu yang di ketuai pemimpin Umno Bahagian Pasir Mas yang juga dikenali sebagai Jemaah Perihatin Rakyat Kelantan, Che Johan
Di keesokan harinya 4/12/09 perhimpuan itu dibalas pula dengan perhimpunan menyokong Tok Guru sebaik saja selesainya kuliah mingguan oleh TGNA di Medan Ilmu di Jalan Tok Pati. Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.
Seperti apa yang dikatakan tadi, kejituan budaya Kelantan terus bersemangat apabila pemimpin masyarakat
Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dan Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini cukup membanggakan walaupun tidak dibayar walau satu sesn pun, tambahnya.
Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati perdana menteri supaya memberi royalti minyak.
Difahamkan turut berada di Makkah Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kob, Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Chetok, Ustaz Abdul Abdul Halim Abdul Rahman dan Zainuddin yang juga Adun Limbongan.
Che Johan Che Pa pimpinan Umno bahagian Pasir Mas dalam perhimpunan nya turut meminta TGNA melepaskan jawatan sebagai menteri besar.
ref:harakah/bumirel