Aksi BBPU and The Gang

Wednesday, December 9, 2009

Sukar untuk di elakan dan beginilah minda mereka dari masa ke semasa. Kelmarin 8 december 12 orang tertuduh dalam kes perarakan kepala lembu telah ditetapkan perbicaraan nya pada 12 - 16 hb April 2010 nanti. Mereka baru saja menubuhkan NGO yang dikenali sebagai BBPU atau Badan Bertindak Perpaduan Ummah. Cantik nama nya, umpama satu badan ngo Islam yang cukup profesional.



Dalam pertemuan kumpulan itu mereka turut menempelak kerajaan Selangor yang buat sikap acuh tak acuh dalam menyambut Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor pada hari Jumaat 11/12/09 nanti. Tiada terdapat sebarang poster, kain rentang atau sebagai nya yang menyatakan sambutan Hari Keputeraan tersebut akan di adakan sekitar Shah Alam setakat hari ini.

Kumpulan BBPU itu juga memijak mijak spanduk yang bergambar beberapa orang pemimpin DAP. Yang menjadi Badan Bertindak Perpaduan Ummah itu lebih ceria agaknya, apabila melihat aksi mereka seolah olah mencerminkan realiti sebenar penubuhan nya. Gambar dibawah, Inilah gaya mereka dalam 'pertunjukan' khas kelmarin.



Bila sudah berada dalam satu aliran yang sama, tak dapat tidak hal hal begini akan terbawa bawa dalam kotak pemikiran nya. Gambar yang ini memang tak jauh bezanya dengan gelagat tadi, mungkin mendapat 'didikan' dari 'abuya' nya dan terhasillah riaksi sedemikian. Sama ada secara sengaja atau kebetulan kedua dua 'aksi kucing' itu memang tidak sepatutnya dilakukan kerana menggambarkan kelakuan tak bersopan 'kencing berdiri'. Walaubagaimana pun begitulah hakikat mereka.



Aksi aksi begini memang menjadi kegembiraan kepada mereka. Kalau sudah pemimpin ada yang meraba raba punggung perempuan, apalah yang hendak dihairankan dengan anak buah nya. Dulu sebuk juga pihak polis ingin menyiasat kes raba seorang pemimpin, katanya setelah pemimpin itu pulang dari luar negeri, kita akan siasat. Akhirnya senyap dan orang yang terlibat sudah pun dilantik menjadi duta ke Amarika.



-bumirel