Katanya gerakerja pasukan keselamatan kita adalah tidak kalah dengan keupayaan pasukan keselamatan negara negara lain, umpama nya pasukan Polis Malaysia pernah ‘ternanti nanti’ pihak penguasa Indonesia menjemput untuk menyiasat ‘kes’ Nordin Mat Top tetapi ianya tidak dijemput. Begitulah juga dalam drama kapal
Kalau tentera Perancis membebaskan tahanan lanun di
Lapuran sebuah akhbar harian semalam, “kehilangan enjin pesawat F-5E” kepunyaan TUDM yang berharga pasaran semasa bernilai 50 juta ringgit itu, dijangka kehilangan nya pada tahun 2007 semasa kerja kerja penyelenggaraan nya di gudang material udara 1, pangkalan udara Kuala Lumpur.
Enjin tersebut di percayai telah pun dijual kepada sebuiah syarikat yang berpangkalan di Amerika Selatan, dan menteri pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata “ianya akan di siasat secara telus”
Yang agak ‘kaget’ nya kes tersebut hanya di sedari pada januari lalu 2009, setelah didapati tidak sampai ke distinasi penghantaran nya.
Bermakna pasukan keselamatan kita mengambil masa dua tahun untuk menyedari akan kehilangan nya, inilah keupayaan sebenar pasukan kita. Yang menambah parahkan lagi dalam hal ini apabila menteri pertahanan berkata “kita akan menyiasat dengan telus”, dia berkata akan menyiasat, dia tidak kata telah menyiasat.
Apabila berlaku hal demikian bererti, enjin itu hilang pada 2007 hanya di ketahui pada januari lepas dan akan disiasat sekarang, bulan December. Apa cerita? dan agak agak tahun berapa pula di ketahui akan hasil siasatan itu.
Mungkin juga agaknya ini adalah ‘rahsia rahsia keselamatan’ tapi bagaimana pula kes kes keselamatan memakan masa bertahun tahun, apa yang selamat.
Sepertimana kata ketua Polis, Tan Seri Musa Hasan semalam “polis masih menunggu lapuran jawapan dari peguam” berkenaan dengan kes kehilangan enjin pesawat pemintas itu. Kita menyiasat secara mendalam, tambah nya.
Akhir tahun 2009 baru kita semua tahu pekara ini, dan kita ‘tidak nafikan’ akan kecekapan Malaysia dalam hal ini sehinggakan terbawa bawa dengan kecekapan di cabinet kita, umpama nya untuk meluluskan bajet 2010 baru baru ini, dari 137 ahli Barisan Nasional yang ada, Cuma 63 orang sahaja yang hadir, apa cerita? kemana 64 yang lain? Atau tolak seorang lagi menjadi 63 kerana ahli ini menjadi duta di Amerika.
Inilah Negara ku, 1Malaya!
bumirel ref:sht20