Parti Cinta Malaysia baru saja diluluskan

Saturday, December 12, 2009

Gabriel Adit Demong, Adun bebas kawasan Ngemah di Sarawak, Khamis menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru saja lulus pendaftaran nya.

Adit, Adun Barisan Nasional (BN) bagi tiga penggal, mengumumkan keputusannya pada sidang akhbar di sini yang dihadiri pengerusi kebangsaan PCM Tang Weng Chew.

Tang Weng Chew, 38, ahli perniagaan dari Pulau Pinang, mengumumkan pelantikan Adit sebagai pengerusi PCM Sarawak. PCM ditubuhkan empat bulan lepas.

"Ini cabaran besar buat saya selaku pengerusi negeri, dan saya akan bekerja keras demi masa depan parti," kata Adit, 60, yang menyatakan beliau telah menarik balik sokongan kepada pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Oktober.

Tang berkata PCM mempunyai antara 5,000 hingga 6,000 ahli di seluruh negara.

-BERNAMA