Penangan Barangan Cap Dacing - emel srikandi

Thursday, December 10, 2009

gambar hiasan

Semalam saya ada menerima dua emel dari pengirim ‘misteri’ dan difahamkan beliau ini adalah seorang perempuan, beliau berkata “sudah sekian lama saya memerhatikan arus politik tempatan” hendak ‘bermain politik’ tak pandai dan beliau meminta kalau sesuai trylah siarkan artikel ini, main main saja tambah nya dan kalau tak sesuai tak perlulah disiarkan.

Bagi saya tak mengapalah, saya siarkan juga dan content artikel dalam blog ini pun hanya atau lebih banyak yang bercorak ‘politik ringan’ sahaja, untuk tatapan umum. Klik pada tajuk ikuti seterusnya.




Saya dilahir dan dibesarkan di Kuala Rompin Pahang Darul Umno, di sebuah daerah, mukim dan kampung yang dikuasai oleh UBN. Sejak dulu hingga kini, destinasi tersebut terus di hantui dengan corak hidup masyarakat nya dek jiwa ke umnoaan nya. Secara tak langsung nya saya dikelilingi dan membesar dibuai dengan arus kebiruan dengan setiap agenda warga biru di sekeliling saya, sama ada ahli keluarga, ipar duai, saudara mara, jiran tetangga mahu sahabat sahabat yang sewaktu di daerah itu.

Jadi tidaklah menghairankan jika saya mempunyai pelbagai barangan berlogo dacing termasuklah t-shirt, vest, beg sandang, topi, baja tanaman dan sebagainya. Ehemm..nasib baik juga tak dibekalkan kain sarung cap dacing. Saya juga pernah diberikan sedozen topi yang modus operandi nya dengan thema yang sama, ‘dacing piddun ya bil akhirah’..

Beberapa tahun selepas era ‘reformasi’ kalau tak silap pada tahun 2002, saya berserta ahli keluarga serta seorang rakan sekerja yang mengikut saya pulang ke kampung menghadiri satu majlis kenduri kahwin.

Rakan saya merupakan Ketua Pemuda Cawangan UMNO di negerinya (tidak dapat dinyatakan lokasinya di atas sebab sebab ‘keselamatan’) Ketika kami tiba ke majlis tersebut, hujan renyai-renyai turun disebelah tengahari dan turun rintik rintik menjelang asar, he.. he.. tak banyak bezalah tu.. Oleh kerana payung hanya ada satu saja, saya menyarankan agar sahabat itu memakai topi yang berlambang dacing sebagai penutup kepala daripada ditimpa hujan. Rakan saya tersebut bersetuju, dan saya mengambil topi tersebut di dalam boot kereta dan menghulurkan kepadanya. Dia terus mengambil dan memakainya.

Beliau menterbalikkan topi tersebut, ini bermakna logo dacing akan berada di sebelah dalam, dan tidak dapat dilihat lambang dacing itu jika orang di sekeliling memandang nya. Saya kaget sekejap memandangnya, lalu beliau berkata bahawa, “ah.. malu pula rasanya memakai topi ni”! Saya agak terperanjat juga apabila memikirkan nya kerana beliau adalah seorang aktivis UMNO, dan mengapa pula boleh berkata begitu. Sedangkan pada waktu itu tsunami PRU 12 belum melanda lagi dan kampung yang kami kunjungi itu adalah kampung yang 'bergelombang biru'.

Agaknya kenapa pula dia malu dengan partinya sendiri? renung-renungkanlah terutamanya bagi mereka yang masih bertenggek di atas pagar.

Sekarang saya telah pun berpindah dan bertugas disatu daerah lain pula. Daerah ini adalah antara satu satu nya daerah yang agak ‘global’ di semua peringkat, tak kira dari segi apa, sama ada dari segi social nya, pembangunan, masyarakat, dan arus politik itu sendiri. Oleh kerana beberapa sebab tertentu, saya KIV lah dulu lokasi nya.

Disini lain pula cerita nya, walau bagaimana pun kesah ini masih lagi berkait dengan barangan bercap dacing, kali ini t-shirt pula yang memainkan peranan nya.

Beberapa minggu lalu, saya dan anak bongsu saya hendak ke rumah seorang jiran untuk menempah makanan daripada perkhidmatan cateringnya. Anak saya bertanya bolehkah dia memakai tshirt cap dacing, (sebenarnya keluarga kami bukan dari jenama itu) maap kata. Saya kata kepada anak saya itu, boleh apa salahnya. Entahlah dengan anak saya ini, walaupun dia masih kecil dan masih di peringkat sekolah kebangsaan, konon nya ‘meraikan’ teman yang berspesis biru, agaknyalah..

Setelah memberi salam dan kami di jemput masuk ke rumah, jiran tersebut yang juga merupakan seorang aktivis UMNO yang agak tegar juga. Jiran tersebut amat teruja melihat kami terutamanya anak bongsu saya. Dia bertepuk tangan, mengangkat tangan dan seakan melompat-lompat dari tempat duduknya sambil berkata, ye, ye, sama, sama, kita sekapal, BN. Saya dan anak terkedu melihat kegirangan jiran yang hampir mencecah taraf warga emas bersikap demikian. Jadi jangan pelik jika penumpang kapal mereka membuang air pada poster Tok Guru, menunjuk isyarat lucah dan sebagainya kerana mereka memang mengamalkan politik kebudak-budakan.

Tak pasti pula apa takrif kapal yang beliau sebutkan itu, sama ada kapal selam scorpin ke, kapal KD Seri Inderapura yang terbakar baru baru ini ke atau pun kapal layar monsoon cup di Terengganu.

Oleh – srinkandi junior