Bangsa manusia yang punya akal budi yang tinggi serta kearifan agung tentang kemuliaan insan akan menilai politik atau cara-cara Melayu UMNO memimpin Persekutuan Malaysia dari sudut hati nurani yang mendalam, sama ada, adakah siuman atau gila, mulia atau hina? Tatkala Melayu UMNO mengaut 95% hasil negeri, Sabah contohnya atas nama Persekutuan Malaysia.
Namun, negeri yang diperintah oleh politik atau cara-cara yang bukan komponen UMNO/BN, nescaya peruntukan bagi sesebuah negeri yang menjadi kewajipan Persekutuan Malaysia untuk menyalurkannya, namun tidak disalurkan kepada kerajaan negeri yang memerintah, bahkan diwujudkan pegawai Persekutuan Malaysia untuk mengendalikan wang tersebut yang dipanggil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) di zaman kerajaan PBS contohnya.
Jadi, terpaksalah kerajaan negeri, mentadbir negeri dengan Royalti 5% hasil negeri. Maknanya, andai 1000 juta hasil Sabah, hanya 50 juta untuk kerajaan negeri Sabah, sedangkan 950 juta lagi disamun oleh Melayu UMNO atas nama Persekutuan Malaysia. Lantas, jika negeri yang membentuk kerajaan bukan dari kalangan politik yang menjadi komponen kepada UMNO/BN tidak membangun, dituduh pula sebagai tidak pandai memerintah. Sebab itu saya kata, Melayu UMNO biawak Komodo.
Demikian juga dengan pembahagian hasil negara. Persekutuan Malaysia dibentuk atas 4 negara pada mulanya, iaitu Negara Malaya, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura. Tatkala Negara Singapura dibuang dari Persekutuan Malaysia, maka Persekutuan Malaysia kini hanya 3 buah negara saja, iaitu Negara Malaya, Negara Sabah dan Negara Sarawak.
Justeru, seandainya hasil Sabah 12 bilion, sepatutnya dibahagi tiga. Maknanya, 4 bilion bagi Malaya, 4 bilion bagi Sabah dan 4 bilion bagi Sarawak, dan demikianlah seterusnya bagi hasil Malaya dan Sarawak. Namun, sungguh menyedihkan kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya, pembodohan dan pembebalan telah dilancarkan oleh Melayu UMNO ke atas warga Sabah dan Sarawak. Persekutuan Malaysia dibahagi 14 negeri. Justeru, hasil negara juga dibahagi 14. Beginilah akalan para pemimpin nya.
Maknanya, 14 bilion hasil Malaya, Sabah dan Sarawak, apabila dibahagi 14, pendapatan Sabah hanya 3 bilion dan Sarawak juga 3 bilion, sedangkan pendapatan Malaya 39 bilion. Pada hal, Persekutuan Malaysia dibentuk dan berdiri atas nama 3 negara (Negara Malaya + Negara Sabah + Negara Sarawak) = Persekutuan Malaysia. Tegasnya, mujurlah Singapura bijak mencipta alasan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia pimpinan Melayu UMNO, kalau tidak, nescaya mungkin Singapura yang menjadi negeri termiskin dalam Persekutuan Malaysia dan bukannya Sabah gara-gara kebajingan dan kebebalan Melayu UMNO mengurus tadbir Persekutuan Malaysia.
Oleh itu, dalam paradigma ringkas ini saya akan mencuba untuk memberi imej yang jelas dalam bentuk ungkapan kata, tentang akibat buruk yang bakal menimpa warga tulen Sabah lantaran kelakuan durjana Melayu UMNO yang telah menghalalkan pemberikan Kerakyatan Mudah kepada Pendatang Asing Tanpa Izin dari Filipina, Indonesia dan Pakistan ringkasnya [PATI] melalui Projek Mega terkutuk Melayu UMNO, iaitu memberikan (IC Projek) kepada PATI sejak 1991 bagi membolehkan PATI menganggotai UMNO dan seterusnya mengundi dalam pilihanraya Sabah untuk menjatuhkan Parti Bersatu Sabah [PBS] atas alasan demi kelangsungan pemerintahan di Sabah yang berteraskan Islam kuno nya eh silap kononnya.
Sesungguhnya, betapa implikasi jahanam di atas tidak dapat dilihat atau dirasai oleh orang biasa atau pimpinan Sabah kini yang kepalanya memang bermahkotakan wang dan rasuah yang telah mendarah daging dalam tata kehidupan Melayu UMNO. Mereka atau pimpinan Sabah kini seolah-olah buta dan lebih malang lagi mengaibkan, apabila generasi tulen warga Sabah bakal menjadi laksana warga tulen Amerika. Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan paradigma dedalu menghancurkan semalu.
PATI dari Filipina, Indonesia dan Pakistan bukannya warganegara yang begitu penting kepada negara asal mereka. Dengan ungkapan lain, kewujudan mereka bagi negara asal mereka tidak menambah dan penghijrahan mereka ke Sabah juga tidak mengurang. Apa yang pasti ialah mereka bukan dari kalangan manusia yang berkualiti, namun begitu mereka amat dialu-alukan oleh Melayu UMNO di Sabah, hatta diberi kerakyatan mudah dengan memberikan mereka Kad Pengenalan [IC Projek] hingga status mereka sama dengan warga tulen Sabah, termasuk mengundi untuk menentukan pemimpin yang bakal membentuk kerajaan bagi Sabah. Adalah suatu yang luar biasa, bahkan pelik dan semacam kelakuan gila, apabila kerajaan Persekutuan Malaysia yang ditunjangi oleh Melayu UMNO begitu mudah memberikan kerakyatan mudah kepada PATI, tanpa mengambil kira standard dan kualiti mereka.
Warga PATI di Sabah kini yang telah mendapat (IC Projek) Melayu UMNO, sebagaimana yang telah diperincikan oleh Saudara Mutalib M.D begitu membimbangkan seorang nasionalis tulen Sabah. Maknanya warga PATI di Sabah sama ada seimbang atau sebenarnya jauh lebih ramai berbanding dengan warga tulen Sabah. Sebab itu, saya menyifatkan kerajaan Melayu UMNO di Sabah sekarang ini sebagai Kerajaan PATI. Namun, yang lebih jahanam lagi adalah kelakuan jenayah di Sabah, yang majoritinya adalah dilakukan oleh PATI. Menurut laporan media Melayu UMNO, sesorang penjenayah besar di Sabah yang dapat ditangkap oleh pihak polis, dikatakan sebagai rakyat tempatan. Pada hal, hakikat sebenarnya penjenayah yang dimaksudkan adalah terdiri dari kalangan warga PATI yang mendapat status rakyat tempatan angkara (IC Projek) UMNO.
Haslan Bajil contohnya, sebagai perancang utama penculikan, perogolan dan pembunuhan secara yang amat dahsyat dan kejam ke atas mendiang Sherliana Gediun, dilaporkan oleh media Melayu UMNO sebagai rakyat tempatan. Pada hal, ia adalah rakyat tempatan dari kalangan PATI. Oleh sebab itu, Haslan Bajil hingga kini masih belum dapat ditangkap oleh pihak polis kerana telah melarikan diri ke negara asalnya. Demikianlah, apa juga bentuk dan jenis penyakit tidak ada yang datang untuk kebaikan dan ketenangan pengidapnya. Musang adalah sentiasa seekor musang, ayam sentiasa seekor ayam, singa sentiasa seekor singa dan seterusnya, dalam pelbagai sudut sungguh berbeza dari segi kekuatan, kebijaksanaan, kemahiran, ketahanan dan sebagainya. Namun, apa yang pasti ialah kita tidak akan menemui seekor musang yang bersikap belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap ayam, serupa juga dengan kucing yang sukar untuk bersikap ramah terhadap tikus.
Oleh Naspazimultiply