"Malam tadi 2 panel dijemput dalam program Hujah, Prof Madya Dr Zaid dari UPM dan Dr Uthman el-Muhammady. Perbincangan berkisar Tamadun Islam. Dari banyak soalan, saya ingin beri komentar kepada dua soalan yang ditanya kepada Dr Uthman el-Muhammady. Pertama tentang mazhab dan Wahabi, kedua tentang kerjasama PAS-DAP, UMNO-MCA.
Kedua tentang kerjasama PAS-DAP. Dr Uthman menyatakan bahawa kerjasama itu akan memudaratkan ugama sebagai salah satu ad-dharuriat al-khamsah (5 perkara asas) yang perlu dijaga.
Di sini perlu dibincangkan. Ia bukan seperti isu aliran mainstream tadi. Penulisan ulama terdahulu tentang politik ada. Tetapi bentuk kerjasama PAS-DAP ini adalah ijtihad politik yang memang tidak mudah diambil keputusan. Moderator Dr Agus menyebut sepintas lalu tentang kerjsama UMNO-MCA. Tidak sempat dijawab panjang oleh Dr Uthman.
Pada pandangan saya kerjasama PAS-DAP membuka ruang baru dakwah, sementara kerjasama UMNO-MCA memang selari kerana kedua-duanya tidak mahukan Islam yang syumul. Atau boleh juga dikatakan PAS dakwahkan Islam kepada DAP, UMNO dakyahkan Islam kepada MCA seperti tulisan saya malam tamatnya Konvensyen pertama PR. Lim Guan Eng boleh sebut Amar makruf Nahi Mungkar, Nga Kor Ming boleh biasa dengan salam. Karpal boleh pakai baju ada lambang PAS. Kit Siang tak mustahil terima Islam kerana dia pun baca tentang sejarah politik Islam.
UMNO boleh hina hukum hudud terutama semasa pemerintahan Dr Mahathir. Lama dahulu, tulisan Tengku Abd Rahman dalam The Star banyak memberi gambaran buruk tentang hukum Islam. Hansard Parlimen semenjak tahun 1960an ada mencatatkan jawapan Menteri UMNO/BN undang-undang Islam masih dikaji. Selepas lebih 40 tahun, ke mana yang dikaji itu? 50 tahun memerintah, UMNO/BN bawa kemajuan kepada Islam?
- ustnik