Sukan SEA XXV di Laos baru saja berlalu, dan kini mula timbul desas desus rasa tidak senang di kalangan beberapa orang yang berkaitan termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan MSN. Umpamanya sebelum ini PSM (Persatuan Sepak Takraw
Di kalangan mereka merasa kecewa apabila hasil yang di kutip tidak seimbang setelah memberikan peruntukan yang secukupnya untuk persatuan itu.
"Kita tidak bersetuju tapi mereka buat sesuka hati. Kita pula dipersalahkan," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu sedar bahawa peruntukan yang disalurkan oleh agensi terbabit merupakan duit rakyat, tambah nya.
"Ia bukan duit saya tapi duit rakyat, jadi MSN mesti membelanjakannya ikut keperluan," katanya ketika ditanya mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak di dalam PSM. Zolkples berkata, beliau hanya melakukan apa yang perlu dan bukannya melepas geram melalui media
Apabila kegagalan yang diterima setelah meletakan harapan tinggi, dengan peruntukan yang ada, maka beginilah jadinya. Menuding jari dan timbulah ‘ini duit rakyat’ ini hak rakyat. Kalau berjaya dan di sanjung, maka tenggelamlah duit dan hak rakyat, yang timbul Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai wakil rakyat.
-bumirel ref:kosmo25