Gereja Khatolik mengadakan doa untuk Osama

Thursday, May 19, 2011


Sebuah gereja Khatolik di West Palm Beach, Florida, Amerika, akan mengadakan majlis doa, sekaligus dengan memberi penghormatan kepada arwah pemimpin jaringan Al-Qaeda, Osama Bin Laden.

Osama, 54 tahun, terbunuh dalam serangan pasukan khas Angkatan Laut Amerika, SEAL, 1 Mei lalu

Doa bersama untuk Osama ini dijadualkan berlangsung pukul 12.00 tengahari waktu tempatan. Agenda doa buat lelaki Arab Saudi berdarah Yaman itu telah dimasukan ke dalam buletin mingguan gereja bernama ‘The Holy Name of Jesus'.

Rancangan mendoakan arwah Osama Bin Laden ini telah pun dirangka sejak bulan lalu.

Namun begitu salah seorang ahli gereja Lois Pizzano, menganggapkan doa buat Osama Laden itu sama macam merosakan agama Khatolik nya. "Saya pikir ini benar-benar salah. Ia bukan milik agama Katolik.”apatah lagi yg Osama itu telah melakukan pekara tak baik kepada rakyat Amerika” katanya.

Tetapi, Pastor Gavin Badway yang ketua gereja itu menganggap jemaah yang tidak setuju itu kerana terlalu emosional. “Yesus telah mengajarkan kita untuk mencintai dan memaafkan orang lain,” ujarnya.

Terdapat ramai penganut Nasrani di sana menyokong pula program doa buat Ben Ladin itu. “Ini karena Injil mengajarkan untuk mencintai musuhmu dan berdoa bagi orang yang membencimu,” kata Aaron Wormus.- - mjr/vivanew