Saya teruja dengan pengakuan perempuan KL

Tuesday, May 17, 2011


Negara ku indah, dipenuhi rakyatnya pelbagai kaum dan hidup aman dan banyak kala tiada kedamainya. Walaupun saban hari dijerit jerit dengan hidup muhibbah dan aman damai kata nya.

Penjenayah tempatan terus bermaharaja lela dan mutakhir ini masyarakat kita dikejutkan dengan insiden penyembahan acid oleh lelaki India di sekitar Kuala Lumpur. Dimaklumkan lelaki yg sama sudah menjalan kerja kerja ini sejak sebulan dua lalu serta sehingga sekarang sudah 23 kali beliau melakukan.

Yang mandi tumpuan nya kepada kaum wanita disekitar Kuala Lumpur.

Tapi yg menjadi motif untuk ceritakan kat sini nya, ialah gelagat perempuan perempuan kita. Takiralah isteri orang ke, gadis gadis bekerja atau pun para pelajar perempuan di Kuala Lumpur ini. Semacam tidak mengambil berat dan tak kesah mana, yg agak dukacita nya, apabila ditanya akan masaalah ini, dia boleh kata “betul ke?” terimakasihlah kerana beritahu.

Dalam sinarharian turut memuatkan cerita dimana wartawan nya menemuramah 4,5 orang perempuan diarea Lembah Kelang itu.

Seorang pelajar IPTA Amira Mohamad yg ditemui dijalan Pantai Baru berkata “betul ke ada kejadian itu? Saya sebuk belajar kalau baca surat khabar pun saya tak ambil berat sangat” ini bermakna yg budak tak kesah mana pun, aku dengan dunia aku. Apa nak jadi jadilah. Osama kena bunuh pun entah tahu entah tidak. Itulah org terlepajar Malaysia kita.

NorIlyka Mohd Nasir sedang belajar ditingkatan lima di Ampang. “saya rasa selamat, sebab pergi sekolah naik bas, balik pun naik bas kawan kawan pun ramai, dia nak serang pun agak susah dan ibubapa saya kata kejadian itu banyak berlaku di area berhampiran pusat Bandar, setahu saya pekara itu tak pernah berlaku di Lembah Jaya dan Ampang tempat saya tinggal.

Teramat dukacita nya apabila itulah anggapan gadis ini. Dia tidak tahu yg kes terakhir jumaat lalu telah berlaku di Seysen 10 Wangsa Maju, hanya 10 kilometer dari Ampang yg dikatakan selamat. Pening barang nii..

S.Yasotha 38 tahun pula berkata “betul ke ada org sembah acid? Saya tak baca surat khabar, saya tidak tahu. Susahlah kalau macam ni seperti buat derk jer dengan apa yg berlaku, padahal itu di Kuala Lumpur. Kalau pendalaman jawab nya goodby sajalah.

Seorang guru Shobihah Ismail, berkata “lelaki penyembahan acid itu hanya menyerang orang orang tertentu sahaja. Tak perlulah saya merasa kuatir dan bimbang. Pendapat guru kita yg sedang menjambut hari guru.

Seorang lagi yg memberi pendapatnya, Siti Hawa Ramli 18 seorang pembantu kedai berkata “apa perlu kita bimbang sangat walaupun kejadian itu sering berlaku, kerana perbuatan itu diatas sebab sebab tertentu dan mungkin bersifat dendam saja”. Kita tidak ada apa apa kaitan dengan dia, buat apa kita takut? Amboi dia ni,..seolah olah ‘memberi’ ruang pulak. 1Malaysialah katakan negara kita aman. Osama dah tiada buat apa kita takutkan lagi.. agak nya.

… dan seorang lagi orang yg terpelajar, apabila belajar di kolej bermakna hanya org yg layak saja diterima.. Nurhaliza Ab.Razak 21, “saya pun tahu juga pekara ini, dan saya tidak buat apa apa persediaan kalau diserang, saya rasa takut juga tapi saya biasa biasa sajer” itulah jawab nya.

Kesimpulan nya beginilah anggapan masyarakat kita, tak berapa ambil kesah dan merasa selamat. Mungkin depa sependapat dengan bapak menteri kita, Tiada Osama dunia semakin aman. Fikir fikirkanlah…