Seif Al Adel pengganti Osama bin Laden

Wednesday, May 18, 2011

Imej Seif al-Adel keluaran FBI.

Kumpulan Al Qaeda telah melantik Seif al Adel sebagai pengganti Osama Laden. Walau bagaimana pun ianya hanya sebagi pemimpin sementara dahulu bagi menjernihkan suasana perbalahan pendapat bagi mencari pengganti Osama.

CNN melapurkan semalam 17/5 para kumpulan Al Qaeda menginginkan pengganti Osama juga dari mereka yg berkelahiran Arab Saudi.. Sebagai menyatukan pendapat beberapa kumpulan tersebut al Adel dilantik sementara sebelum mendapat seorang ketua dikalangan yg berasal dari Arabsaudi.

Al Adel yg juga dikenali sebagai Muhammad Ibrahim Makkawi berasal dari Mesir. CNN menerima berita dari Noman Benotman bekas gerila Libya yg pernah bergabung dengan Al Qaeda yg menceritakan , Saif al Adel telah lama memainkan peranan penting dalam Al Qaeda sejak lebih dua dekad lalu.

Seif al Adel juga amat digeruni Amerika dan termasuk dalam senarai orang yg dikehendaki. Amerika amat membimbangi Adel kerana berada di Iran satu ketika dahulu, kerana Iran amat minimum untuk mengambil tindakan ke atas Al Qaeda.

Menurut Benotman, perlantikan Seif al Adel bukanlah satu keputusan formal dewan syura Al Qaeda, karena untuk masa ini agak sukar untuk menghimpun mereka disatu satu tempat. Keputusan perlantikan Al Adel itu merupakan keputusan hanya pilihan dari enam sampai delapan pemimpin Al Qaeda sahaja yg berada di wilayah perbatasan Afganistan-Pakistan dan Al-Adel sudah menjadi salah seorang pemimpin tertinggi dalam kumpulan itu.

Akhbar Pakistan The News, sebagaimana dalam lapuran AFP, Rabu lalu turut mengiyakan berita ini.

Kata Benotman, pilihan terhadap seorang kelahiran Mesir mungkin tidak begitu lama dan diterima baik oleh beberapa anggota Al Qaeda dari Saudi dan Yaman, yang inginkan pengganti Osama harus berasal dari Arabsaudi, wilayah suci untuk semua Muslim.

Selama ini yang disebut-sebut sebagai pengganti Osama adalah Ayman al Zawahiri, juga seorang Mesir, dan telah lama berkhidmat dengan Osama. Menurut Benotman, pilihan terhadap Adel bagi pengimbangan kepada mereka yg berkelahiran Arab Saudi, kerana Ayman semang nya suku kuat diMesir.

Al Adel pernah turut bersama menentang pengaruh SovietUnion di Afganistan ketika tahun 1980-an. Setelah Taliban jatuh pada 2001, ia melarikan diri ke Iran kemudian nya terus ke Pakistan.

Antara isu penting yang Al Adel bakal hadapi sekarang ialah terlepas nya sebahagian besar maklumat sensitif ke tangan Amerika ketika serangan terhadap Osama di Abbottabad, Pakistan, 2 Mei lalu. Informasi tersebut pasti akan mengacaukan rencana operasi Al Qaeda.

CNN melaporkan, dengan adanya pemimpin, Al Qaeda bakal menyatukan semula kesetiaan kepada kumpuln kumpulan yg berada ditempat lain, seperti Al Qaeda Yaman yang berpangkalan di Semenanjung Arab dan Al Qaeda Afrika Utara yang berpusat di Maghribi. – permatawangi/CNN