Pertemuan taksengaja bebudak Tko dengan Pahangdaily

Tuesday, May 10, 2011


Pada 7 mei lalu aku berkesempatan menghadirkan diri di majlis pertemuan AJK Kelab Tranungkite Online Kawasan Timur dengan forumer Tko negeri Pahang. Depa buat majlis kat Blackstone Resort Batu Hitam Beserah. Santai dan romantic juga tempat nya.

Aku ni buat sebuk sebuk jer kat situ almaklumlah kenal juga beberapa ahli dan moderator tko timur ni. Katanya sempena depa tu mesyuarat kat Kuantan dan depa ambil peluang untuk berjumpa para ahli ahli tko disana.

Dengar khabar terdapat juga beberapa orang forumer Detikdaily kat majlis itu. Lepas mereka mesyuarat ada majlis makan tengahari dan acara bakar ikan. Aku pun apa lagi pura pura wat sebuklah ambil gambar sana sini, konon konon wartawanlah.

Sedang mereka asyik makan dan membakar ikan siakap, aku terpandang pula pada mamat sorang ni diiringi oleh bebudak tko timur. Bila memerhatikan vest yg depa pakai tu tertulis ‘Pahangdaily’ kat belakanganya aku dah syak yg dia CMK atau cucumatkilau. Sebab aku sebelum ini belum lagi mengenali beliau secara dekat.

Nampak perborakan dia ngan geng geng tranungkite agak rancak, aku pun rapat sikit.
Habis bab politik saja yg keluar.Kata CMK hubungan dengan tranunghkite online adalah baik, dan minta check kenapa kebelakangan ini artikel nya jarang dapat masuk tko.

Semasa mesyuarat Ajk tko tadi, tuan punya Web Pahangdaily ini katanya ada memaklumkan pada 8 mei (malam) aka nada perhimpunan besar di Teluk Cempedak bagi meluahkan bantahan perlaksanaan kilang kimia Lynas di Gebeng. Beliau juga turut menerangkan ‘bab’ pencemaran dan kelulusan kerajaan negeri berkenaan kilang ini.

Geng geng tko kuantan boleh tahan juga bab bab ‘politik’ ni, apa apa pun serba ringkas jer aku sentuh… ngantuk beb..