Ibu mertua Osama pula mati mengejut

Monday, May 9, 2011

Ibu mertua Osama bin Laden Nabih al-Ghanem, meninggal dunia semalam 8/5/2011 setelah menerima berita yg diumumkan oleh Obama menyatakan menantu nya sudah dimati ditembak. Akhbar berbahasa Arab di London, Asharq Al-Awsat, melapurkan.

Nabih al-Ghanem, ibu kepada Najwa, isteri pertama Osama, dirawat dihospital Latakia, Syria, dia mengembuskan napas terakhir setelah menderita stroke. Nabih al-Ghanem terkejut dengan berira kematian Osama dan penahanan 3 isteri dan lapan anak anak oleh Pakistan.

Beliau yg mengidap strok jatuh tidak sedarkan diri dan bawa ke hospital. Osama yg mengahwini Najwa isteri pertamanya dan dikurniakan 11 orang anak. Najwa telah meninggalkan Afganistan beberapa hari sebelum serangan 11 September 2001. Kini ia menetap di Syria.

Pakistan berkata setakat ini tiada lagi mana mana Negara yg meminta kembalikan para isteri Osama yg ditahan nya itu. – m’cahaya/AP