UIAM johan peringkat dunia, akbar2 kita senyap?

Tuesday, May 3, 2011


Kita rakyat Malaysia ni tak rasa bangga ka? Depa ramai duk senyap ja..
UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah memenangi Debat Bahasa Arab di Kejohanan Debat Universiti Antarabangsa yg berlangsung di Qatar.

UIAM kita Berjaya mengatasi 40 pasukan dari 19 buah universiti yg mewakili 12 buah Negara.

Tapi mana nya cerita kat akhbar akhbar kita? Aku pun tak check kat Bernama, takkan aku pulak yg beria ria. Ngapa depa ni tak nak lapur? Hai takkan semua page hendak dimuatkan kes angkat sumpah ataupun video Anwar.

Surat khabar Qatar dan Negara Negara Arab buat cerita dimuka depan.

Aku pun fakir punya fakir, kemungkinan besarlah sebab sebab akhbar akhbar tak mahu siar. Memanglah UIAM yg johan debat tu, tapi yg mewakili atau peserta nya terdiri dari warga Arab, bukan nya mahasiswa tempatan Malaysia boleh.. apalah salah nya kalau disiarkan, asyik berita suruh angkat sumpah jer..pening jugak.

Pelajar pelajar Arab ni belajar di UIAM dan mewakili universiti itu. Yang mewakili UIAM, Mohammed Ahmed Hamood Al Zubaidi, Mohammed Hamood Ali Al Ragawi and Salem Salah Salem.

Apa apa pun kita pun bangga jugaklah.