Jika bertembungnya AMK dengan PERKASA suasana akan berubah petang tadi

Friday, May 20, 2011


20 mei beberapa badan atau pertubuhan bakal mengambil inisiatif mengadakan siri tunjuk perasaan masing masing di Kuala Lumpur.

Perarakan People’s Green Coalition bersama orang ramai termasuk beberapa orang kepimpinan PAS, Keadilan & DAP antaranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvam, Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri turut menyertai perhimpunan berkenaan.

Sekitar 500 orang berkumpul didepan kedutaan Australia bagi membantah projek pembinaan nadir bumi di Gebeng, Kuantan, oleh syarikat Lynas dari Australia..

Difahamkan 6 trak FRU yg lengkap dengan jentera penyembur ‘airmata’ duk stanby didepan kedutaan tersebut. Walau bagaimana pun setelah 6 wakil menyerahkan nota bantahan kepada pegawai kedutaan, tiada apa apa ketegangan yg berlaku.

Angkatan Muda Keadilan AMK, yg pada mula nya merancang untuk bergerak pada hari yg sama ke Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Cheras bagi mengadakan perhimpunan untuk menafikan fitnah ‘Utusex Melayu’ (Utusan Melayu) yg juga merupakan lidah Umno, terpaksa membatalkan hasrat itu.

Pihak AMK akan menundakan pada tarikh lain dan pada hari ini terus bergabung dan bersama sama menuju ke kedutaan Australia.

Seandainya group AMK tadi meneruskan ke Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, maka rasanya tidak dapat tidak akan bertembung dengan puak puak ‘jihad’ yg turut berkumpul dengan ramai nya (kata sesetengah blog seramai 80 ribu org) di depan pejabat Utusan bagi mempertahankan lidah umno itu.


PERKASA dengan lebihkurang 80 sekutu nya memegang spanduk sambil menjerit jerit “langkah mayat kami dulu” dan jangan hina utusan dan orang melayu. Sambil diperhatikan oleh 30 orang anggota Polis.

Kalaulah pihak AMK juga turut berada disatu, rasa nya suasana akan berubah, apalagi dengan semangat jihad geng PERKASA yg memegang spanduk bertulis “PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir” amboi macam style al Qaeda pulak.- bumirel