Perang saraf, seorang hacker Mesir berjaya menembusi laman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Siaran televisyen al-Alam, Isnin 22 / 8 lalu turut melaporkan, setelah kejayaan memecah masuk ke laman web Netanyahu, hacker itu meletak sebuah gambar tentera Mesir yang sedang memegang bendera Mesir di Sinai pada perang 6 Oktober 1973.
Di bahagian atas halaman utama itu, hacker tersebut menulis kalimat anti-Zionis dalam bahasa Bahasa Inggeris. Keaktifan laman Netanyanhu dilapurkan terhenti secara berperingkat. Serangan elektronik tersebut membawa mesej simbolik kepada Netanyahu bahawa Gurun Sinai adalah milik Mesir.
Sebelum ini, seorang pemuda Mesir, Ahmad al-Shahhat memanjat bangunan 15 tingkat di Kaherah, yg menempatkan Kedutaan Besar Israel, dan menurunkan bendera Israel digantikan dengan bendera Mesir gara gara kemarahan rakyat Mesir berikutan 5 orang polis Mesir terbunuh di tembak oleh tentera Israel minggu lalu. – megasuria teks republika
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
7 hours ago