Malaysia telah iktiraf Pembangkang Libya

Saturday, August 27, 2011


Kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan pihak berkuasa pemberontak Libya walaupun Kerajaan Libya belum lagi jatuh sepenuh nya.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman, menyatakan Jumaat malam kelmarin, bahawa telah menerima Dewan Peralihan Nasional (NTC) yang dibentuk pemberontak, yang kini menguasai Tripoli pada awal minggu lalu.

"Kami berharap Dewan Peralihan Nasional akan menjalankan pemerintahan sementara menuju kesatuan nasional, dan menubuhkan kerajaan baru yang membawa keamanan dan kestabilan bagi Libya dan rakyatnya," kata Anifah.

"Bagi mencegah pertumpahan darah lagi, Malaysia bersama-sama dengan beberapa kerajaan antarabangsa yang lain menyeru pasukan Gadhafi mengikuti pilihan majoriti rakyat Libya," tambahnya.

Beberapa buah negara Barat juga telah mengakui NTC, tetapi Kesatuan Afrika (AU) masih lagi menolak untuk mengiktiraf NTC. Sebaliknya, AU mengharapkan suatu pemerintahan peralihan yang menyeluruh. – suntingan kompas