Saya cabar Nik Aziz, jangan menyorok belakang Facebook

Wednesday, August 3, 2011


Setelah sedikit suam peranan yg dimainkan ‘orang Kulim’ kini melonjak pula orang kuat Bayan Baru, Datuk Zaharain Mohd Hashim. Minggu ini giliran dia pulak duduk didada dada akhbar.

“Saya cabar Nik Aziz, jangan duk selindung disebalik Facebook” apalagi kenyataan nya selalu berubah rubah kata Ahli Parlimen Bayan Baru ni. Zahrain mintak Nik Aziz buat kenyataan menafikan pertemuan nya dengan Ku Li bagi menggantikan Anwar sebagai ketua Pembangkang. Saya cabar dia, jangan cuba duk menyorok dalam facebook yg di ‘tulis’ orang lain… tambah nya.

Nik Aziz dikatakan sebagai ‘kaki’ dalam mengatur jemputan kepada Ku Li, “saya ada spy” kata Zahrain lagi. Si-Zaharain ni pulak hanya bergantung kekuatan andaian nya itu kepada spy nya.

Dalam sinarharian tadi, Zahrain berkata “saya tahu mengapa Nik Aziz menulis dalam facebook nya, kerana orang PR ramai tak puashati selepas pendedahan dibuat” rasa macam pening pulak dia ni, kerana sebelum itu dia juga berkata yg facebook Nik Aziz ditulis oleh orang lain. Ini dia kata pula Nik Aziz yg menulis dalam facebook.

Anwar sendiri tidak tahu menahu dan satu orang pun tidak memberitahu beliau tentang ‘lakaran’ untuk menggantikan beliau dengan Razaleigh Hamzah. Itulah ‘sidang akhbar’ dari Ahli Parlimen Bayan Baru konon nya yg turut dimuatkan sinarharian. – majera junior