Gereja Damansara membuat bantahan

Friday, August 5, 2011


Dewan Gereja Malaysia menyampaikan bantahan kepada kerajaan Malaysia kerana pihak polis dan pegawai jabatan agama JAIS, masuk ke dalam sebuah gereja tanpa surat perintah.

"Semua tempat kebaktian, sembahyang, seperti kuil, masjid, gereja dan lain-lain adalah tempat suci. Sebab itu polis atau wakil-wakil lain tidak boleh masuk secara terus tanpa alasan munasabah atau surat perintah. Kalau hendak masuk juga harus mendapat kebenaran dari ketua agama berkaitan," kata Herman Shastri, seksyen Dewan Gereja Malaysia kepada BBC Indonesia. (British Boardcasting Corparation)

Serbuan itu pada (03/08) malam di Gereja Metodis Damansara Utama, Selangor.

Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, memasuki gereja ketika majlis jamuan makan malam sehubungan dengan kegiatan sebuah LSM, Harapan Komuniti.

"Amat dikesali jika jamuan untuk para sukarelawan, pemimpin dan masyarakat harus diganggu oleh tindakan yang mengejut dan memualkan dari pejabat agama negari dan Polis," lapuran kenyataan resmi Dewan Gereja Malaysia.

Pihak Gereja meminta agar Sultan Selangor melakukan penyelidikan atas apa yg terjadi sebagai 'penyerbuan yang tidak beralasan'.

Herman Shastri juga berkata insiden ini adalah baru pertama kali terjadi dan pihak kami tertanya tanya dan menimbulkan ketakutan.

"Antara perkara yang membuat kami ketakutan di kalangan kaum Kristen disini kerana inilah yg pertama berlaku apabila Polis dan wakil-wakil JAIS, masuk ke dalam gereja tanpa kebanaran dan tunjuk surat arahan. Mereka mengatakan hendak membuat investigasi atau siasatan tentang apa yang sedang dibuat dalam gereja, jelas Herman lagi. majera teks bbc