Ramai penduduk Sandakan mengetahui bahawa Ula atau Abdullah, bukan sahaja mendapat suaka daripada pihak berkuasa atas sindiket kongsi gelapnya, ‘Maling Kundang’; malah Ula juga mendapat perlindungan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah.
Dengan kerjasama pegawai JPN yang bersengkokol untuk khianat kepada Negara, Ula berjaya menukar namanya daripada Ula @ Abdullah ketika mula datang ke Sabah dari Indonesia menjadi kepada Halim Bin Ahmad.
Yang menjadi lebih haru nya keturunan pun boleh bertukar secara automatic, apa cerita?
Ada kemungkinan, Kementerian Kesihatan juga turut terlibat sama untuk menukar DNA Ula yang berketurunan BUGIS menjadi pula keturunan SUNGAI, kerana Ula ini adalah pengundi hantu berasal PATI secara mudah menjadi Bumiputra dan seorang Warganegara Malaysia.
Sedikit masa lalu, cerita tentang Ula telah disiarkan dalam Sabahkini untuk tatapan umum tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa; malah semua agensi kerajaan berdiam diri atau lebih tepat lagi menghalalkan kegiatan MAFIA ini berleluasa.
Mungkinkah agensi kerajaan yang dinamakan dalam artikel ini mendapat bayaran, kalau ia mendapat bayaran, kenapa SPRM tutup mata dan telinga? Mustahil semua jabatan kerajaan mendapat bayaran daripada Ula? - Oleh : 007 PENYIASAT PERSENDIRIAN/sabahkini78
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
8 hours ago