Soalan tambahan untuk Mad Said

Friday, August 12, 2011


Pas ketandusan isu kata puak puak BN diTerengganu, mereka berkata Pas sekarang mainkan isu pendatang asing untuk meraih sokongan.

Kenapa depa berfikir macam tu? Pendatang yg diberi kad pengenalan segera itulah yg menjadi isu. Mengapa kata tak ada isu? Itulah isu nya.

MB Terengganu pula membuat jalan pintas untuk menjawab kes pendatang Burma yg dijadikan warga untuk membolehlkan keluar mengundi. Katanya pendatang Rohingya Burma itu adalah berasal dari negara kita juga dahulu yg dibawa pulang kerana telah dijadikan buruh jalan keretapi di Burma semasa penjajah Jepun dahulu, dan mereka ramai berasal dari Kedah.

Pekara ini sudah lama lebih 20 tahun saya belum jadi wakil rakyat lagi, katanya. Mereka sudah boleh mengundi sekain lama dah.

Nak tanya sikit ‘Id weh.. (‘Id= Mad Said) kenapa apabila dibawa masuk kembali bekas buruh buruh itu ditempatkan di Terengganu? Tidak diletakan di Kedah? Pada hal mereka berasal dari Kedah.. kenapa hendak kembali ke negara asal tapi taknak duduk dikampong asal?
Kedua ‘Id weh.. mengapa bekas buruh buruh dizaman darurat dulu tak mati mati? Hingga boleh dibawa pulang kenegara ini semula? Negara kita ada proccedurekan.. bila masuk kena daftar, jadi pebduduik tetap dulu beberapa tahun, jangan pakai terus beri IC. Konon nya bearasal orang Malaysia juga dulu. Jadi kita terus beri IC.

Kalau begitu mujur tak kata “dia ni pun keturunan nabi Adam juga macam kita” kita berilah ic negara kita.

Pertanyaan ketiga ‘Id weh..
Hang duk kata, pekara ini sudah lebih 20 tahun, Pas baru bising bising buat isu, patutlah BN menang mudah sokmo tiap tiap penggal, kerana mereka boleh mengundi dah lama dah. Ini soalan tambahan, mengapa Tuan Ahmad Said baru hari ini baru buat kenyataan itu? Kenapa tak buat kenyataan 20 tahun dulu? Cuba habaq mai..

Secara tak langsung depa dah buka pekong kat dada depa…

- megasuria /sh