Abdessalam Jalloud, tokoh nombor dua dan paling rapat dengan Moammar Qaddafi telah melarikan diri dari Tripoli bersama keluarga nya. Beliau melarikan diri ke Bandar Zintan, lapur Berita DPA jumaat lalu.
Abdul Monem al-Huni wakil Dewan Peralihan Nasional Libya untuk Mesir dan Liga Arab, mengesahkan yg Jalloud telah bergabung dengan kumpulan revolusi anti-Qaddafi.
Jurucakap tentera pembangkang, Kolonel Ahmed Omar Bani, dalam lapuran Berita AFP, Sabtu 20/8 mengatakan, "Jalloud telah meninggalkan Tripoli. Dia telah berasama dengan penentang Qadaffi dengan alasan ‘keselamatan’ katanya.
Jalloud adalah orang kanan Qaddafi. Bahkan, dia disebut-sebut sebagai salah satu perwira yang melakukan rampasan kuasa pada 1969 dan membuat Qaddafi terus berkuasa hinggalah kini baru timbul penentangan. Jalloud juga pernah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Libya dari tahun 1972 hingga 1977. – majera/republika
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
7 hours ago