akhirnya muncul juga Tranungkite online

Friday, October 30, 2009


Pagi tadi lebih kurang jam 1.15 minit, wa tiba di rumah setelah beberapa jam berembun di majlis ceramah yang turut dijayakan oleh Ust.Azman Shapawi dan Mohd Sabu yang bertempat di Dataran Tok Guru, Geliga Kemaman.

   

Majlis itu boleh di kategorikan antara yang berjaya dengan kehadiran pengunjung yang agak ramai, apatah lagi dengan sempena pelancaran Himpunan Pemuda Pas Terengganu, yang mana Daerah Kemaman sebagai tuan rumah untuk tahun ini. Ditepi pantai terdapat lebih kurang 10 biji kanopi untuk tempat penginapan peserta peserta dari daerah lain.

 

Sebelum wa masuk tidur, sempat juga wa melayani beberapa laman politik tanah air kita, untuk mencari beberapa ‘cerita keras’ yang begitu rancak mutakhir ini.

 

Bagaimana denagn kesah mesyuarat khas Pas yang berlangsung semalam di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Bagaimana kerakusan beberapa ahli PKR yang meletak jawatan majlis tertinggi nya dan berita tentang  ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, yang bertindak keluar dari PKR petang semalam. Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

 

Dalam wa melayani cerita cerita politik di Negara kita, teringat pula wa ke laman ‘sensasi’ sedikit waktu dahulu, Tranungkite Online. Laman tersebut di fahamkan telah menjadi mangsa ‘juak juak Monggolia’ menggodamkan nya. Wa pun  hanya try klik Tko versi 10. Terperanjat juga sedikit, kerana laman itu muncul jua setelah sekian lama ‘menghilang’, rasanya lebih kurang dua bulan lebih ianya hilang di persada.

 

Oleh kerana Tko ini di upkan ke versi 10 dan baru saja di lancarkan maka terdapat banyak kelainan serta ianya masih lagi tidak lengkap seperti sedia kal. Masih baru agaknya, terasa janggal juga. Artikel terbarunya hanya ada tiga saja yg tersiar. Walau bagaiman pun terubat juga ‘sedikit rindu’ kepada penggemarnya.

 

Mungkin dimasa akan datang perubahan akan dikemaskinikan lagi bagi memantapkan operasi Tranungkite Online itu dengan lebih baik lagi. Kalau nak try bolehlah kesini  http://tranungkite.net/v10/ bagi mengikuti perkembangan nya. Selepas ini mungkin juga ‘daya ketahanan’ nya lebih baik dari version yang sudah sudah.

 

 

Mungkin juga saudara saudara nya yang lain dapat membantu kelahiran Tko versi baru ini. Anatara saudara nya yang lain yang pernah juga ‘di ganggu’ termasuklah “Utara online. Detikdaily juga Tkodaily”.

 

Semoga laman version baru ini dapat memberi impak yang baik dan berkesan dalam merealkan wadah perjuangan nya.