Saiful di jangka turun ke Bagan Pinang

Friday, October 2, 2009

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya Pilihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.  Klik tajuk untuk baca lagi.




Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau di jangka akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.


Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang. Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock. Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.


Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.

Wujudnya Saiful menjelang Pilihanraya Kecil Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa di Permatang Pauh dulu. Begitu juga dengan munculnya Mahathir semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini.


Sesetengah pendapat pula, sukar bagi beliau untuk ke pilihanraya kecil kali ini, memandangkan tidak selesa bagi beliau untuk banyak muncul di khalayak ramai atau pun memerlukan kawalan ke atas nya.


Apa yang menarik kali ini, nampaknya Saiful sering mengeluarkan video klipnya untuk menarik perhatian rakyat supaya bersimpati kepadanya. Seandainya Saiful Bukhari benar-benar menyerang Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, kemungkinan besar PDO akan menghantar krew kami untuk memantau keadaan ini.


Tambahan pula kami juga pernah ingin disaman oleh Saiful gara-gara pendedahan panas tentang kesihatan beliau satu ketika dulu. Oleh itu, kami berharap agar rakan-rakan di Bagan Pinang dapat memberi ruang kepada PDO untuk turun berkempen sama dalam pilihanraya kecil kali ini, jika benar Saiful Dan Ezam turun membawa isu liwat ini disana nanti. Sokongan semua amatlah dialu-alukan. Kami akan berkerjasama untuk mendedahkan beberapa "Fakta Auta" yang didedahkan oleh Saiful dalam kes liwat yang amat kontroversi ini nanti.

-emel yg diterima/blalang