'cyber troopers' Umno dalam usha merosakan Pas

Wednesday, October 28, 2009

Arus penyebaran berita terus berkembang dan menjangkau sempadan. Di Malaysia khusus nya, penyebaran maklumat begitu cepat, sama ada melalui telepon, sms, blog, face book dan sebagainya. Kecepatan nya secara langsung mengatasi media media yang sedia ada. Umpama nya penyebaran maklumat melalui internet  sudah cukup sinonim dengan kemajuan global masakini.

  

Sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.  Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

 

Di Negara kita satu badan yang mengawal pelbagai maklumat yang di sebarkan melalui internet, tetap mengambil kira setiap sebaran itu. Walaupun dikatakan dunia tanpa sempadan tetapi dinegara kita masih ianya masih di kawal oleh SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

 

Para penyokong atau ahli ahli PAS diingatkan agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati serta bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya.

 

 

“Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh 'cyber trooper' Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini” kata  Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

 

Sudah beberapa kali kumpulan ini berusha melumpuhkan beberapa laman web yang pro kepada Pas. Umpama nya sehingga sekarang laman Tranungkite online masih gagal beroperasi, akibat kekacauan dari sesetengah pihak.

 

“Kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga disiplin”, tambah Ustaz Idris Ahmad lagi dalam pertemuannya dengan pemberita.

 

Oleh itu,tambahnya, PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai beberapa perkara yang berbangkit kebelakangan ini.

 

Di antara faktor yang boleh membawa ke arah perpecahan adalah berpunca daripada khabar angin dan taksub dengan sumber berita daripada individu atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja tanpa soal selidik

 

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu mengenainya” - surah Al-Hujurat ayat 6.

 

Sekarang sudah riuh para pemimpin Umno membuat pelbagai andaian. Pas berpecah lah, Pas menjadi dua kumpulanlah, mereka mengambil kesempatan menangguk di air keruh bila berlaku nya ‘cerita cerita’ terbaru dalam Pas ini. Kita kena perlu berhati hati dengan suasana begini.