Tsu Koon bersyarat, Guan Eng tanpa syarat siapa yg berat?

Sunday, October 4, 2009


Sudah sekian lama pekara pekara seperti ini menjadi igauan bagi juak juak ini. Sebahagian besar nya pasti tidak menjadi, sejarah sudah banyak mengajar kita. Sebelum itu pelbagai kata pelbagai ungkapan yang dilaungkan. Bila tiba saat saat akhir ianya dibatalkan. Apa yang ditakuti untuk berdepan, kita sudah tahu. Sehinggakan pernah suatu ketika dahulu di buat ‘debat olok olok’ untuk menguji kekuatan sendiri dan secara tak langsung ianya boleh disifatkan menipu diri sendiri. Itulah mainan mereka. Sila klik tajuk..  

  

Rakyat memilih mereka untuk mewakili rakyat bagi menyelesaikan pelbagai pekara, tetapi begitulah sumbangan hasil yang di balas kepada rakyat. Baru baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempelawa bekas Ketua Menteri P.Pinag yang lalu Koh Tsu Koon untuk sama sama berdebat dalam beberapa isu termasuk berkenaan dengan isu ‘Kampong Buah Pala’ yang menjadi begitu hangat sebelum ini.

Pada 30 ogos lalu ketika mesyuarat tahunan parti Gerakan Pulau Pinang, Koh Tsu Koon berkata beliau setuju dan sanggup untuk berdebat dan Lim Guan Eng menerima serta setuju pada keesukan hari nya untuk berdebat dengan Tsu Koon. Yang dukacita nya Tsu Koon hanya menghantarkan wakil Pemuda Gerakan sebagai proksi nya. Beginilah sifat sifat anak buah Barisan Nasionalyang tak berubah ubah sejak dahulu

  

Apabila ada suara suara yg berbunyi dengan kontraversi itu dan untuk membuktikan ‘keberanian’ konon nya, beliau sahut cabaran sekali lagi untuk berdebat secara langsung, katanya dalam satu kenyataan media kelmarin. Keberanian Tsu Koon untuk bertdebat setelah hanya menghantar wakil sahaja sebelum itu, di pertikaikan ketulusan nya apabila memerlukan beberapa syarat pula. Kekuatan Lim Guan Eng yang bersedia berdebat dengan nya adalah tanpa syarat dan dimana tempat dan bila masa yang ingin di adakan.

 

Koh Tsu Koon pula memberi syarat kepada Lim Guan Eng supaya mengubah status klasifikasi mesyuarat exco mengenai Kampong Buah Pala dan menjawab soalan soalan dengan ikhlas terlebih dahulu.

 

Lim Guan Eng juga perlu menjelaskan minit mesyuarat semua exco sepenuhnya, yg telah di pengerusikan oleh Tsu Koon. Lim Guan Eng mesti menyediakan salinan geran tanah dan dokumen dokumen yg relevan berkaitan dengan pekara itu.  Lim Guan Eng juga perlu menjawab dengan ikhlas. Jika memenuhi syarat syarat nya kita akan menyediakan pengurusan untuk menyiarkan debat itu, kata nya.

 

Dalam media semalam Guan Eng pula berkata “beliau sedia berdebat tanpa syarat” dan mengulas Tsu Koon tidak konsisiten untuk berdebat dan sebelum ini sering bercakap mengenai moral dan etika berpolitik dan menyokong kuat Umno dan BN P.Pinang dan beliau sendiri juga pernah menjadi  ‘rakan akrab’ kepada Datuk Isa Samad calun Adun Bagan Pinang sekarang, yang masing masing pernah dikenakan tindakan gantung keahlian akibat rasuah yang lebih dikenali dengan panggilan politik wang.