Poster Nik Aziz di pijak pijak di depan saya

Saturday, October 17, 2009


Semalam berada di Beserah Kuantan untuk beberapa jam dan berkesempatan bertemu dengan rakan rakan di sana. Sebelum itu  pada petang 15 oktober lalu saya berada di Kemaman  dan kesempatan di ambil untuk berjumpa dengan beberapa orang kenalan yang menetap disana.

  

Bebarapa orang kenalan di Kemaman dan Beserah yang di temui itu juga merupakan kumpulan yang berada di Bagan Pinang lebih kurang selama seminggu sebelum hari pengundian disana.

Kumpulan ini turut mewakili Pas kawasan Daerah masing masing bagi membantu kelancaran kempen Pas untuk meraih undi pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

 

Dalam pertemuan yang tidak ditancang denganbaik  itu, kami berkesempatan bercerita suasana pilihanraya kecil itu. Diambil kesimpulan nya penceritaan dari rakan di Kemaman tidak banyak bezanya dengan kesah yang di ceritakan oleh sahabat di Beserah itu. Suasana keadaan yang dilalui oleh kumpulan dari Terengganu selari dengan apa yang di tempuh dan dialami oleh group dari Kuantan itu.

 

Amat sesuailah apa yang dikatakan oleh para pimpinan Pas peringkat Negeri dan Pusat berkenaan dengan keadaan pilihraya kecil itu. “orang disana tidak begitu mengenali perjuangan Pas, apa yang mereka tahu Pas ini adalah ganas”. Mereka di sebelah selatan tanah air memang tidak di sangkal akan pandangan nya terhadap Pas. Pernah di satu ketika dahulu semasa piliharaya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang mana wakil Pas Ab.Wahid Endut telah memenangi kerusi itu. Ada kumpulan  orang Umno dari Johor Bharu yang berada di Terengganu ketika itu, dan diantara wanita/puteri Umno yang turut kesana menceritakan “eh disana tak ada gaduh gaduh pun..” saya sendiri yang mendengar nya rasa cukup ‘bengang’.

 

Beginilah keadaan mereka disana, menganggapkan Pas ini seolah olah parti teriroris atau pengganas. Mereka menterjemahkan ini di Bagan Pinang, yang penyokong Pas ini menyerang mereka, pada hal yang berlaku adalah di sebaliknya. Ada diantara nya buat lapuran Polis dan selang beberapa hari baru masuk hospital. Masih ada lagi beberapa kes lain yang dalam siasatan.

 

Kalau Pas ini pengganas kenapa yang di tangkap itu ramai juga dari penyokong Umno? Takkan pihak Polis menangkap orang yang tidak ganas. Kalau Pas ini ganas yang bunuh rakyat Mongolia itu, siapa? yang mengeluarkan bom C4 dari simpanan tentera itu penyokong Pas ke? yang membunuh dalam peristiwa Memali itu orang orang Pas ke? siapa ganas?

 

Sahabat sahabat saya tadi turut menceritakan disana amat sukar untuk berkempen disana pelbagai gangguan gangguan dari ‘group motorsikal’ Umno,mereka ini cukup aktif kesana dan kesini.  Untuk membuat ceramah hanya dirumah rumah penyokong sahaja yang boleh kalau di buat di tempat tempat lapang ia akan di kacau oleh group bermotor ini. Kalau pentas di dirikan untuk membuat ceramah, mereka ini merobohkan nya. Ini adalah kenyataan bukan di reka reka.

 

Rakan rakan ini juga memberitahu “jika semasa pilihanraya umum lalu mejoriti Pas lebih banyak jika di bandingkan sekarang”,  “ini kerana para pengundi Cina dan India sudah ramai yang beralih arah dan menyokong BN kembali kerana tertekan dengan pelbagai ugutan.

 

Pernah kenalan dari Beserah itu menceritakan, group itu mengambil poster bergambar Tok Guru Nik Aziz dan meletakan di atas tanah sambil memijak mijak dengan kaki nya di depan penyokong penyokong Pas di Bagan Pinang. Kita orang menentang maka berlakulah pergaduhan, dan tersiar di dada dada akhbar mengatakan yang Pas ini ganas.

 

Nik Aziz berkata semasa perasmian bulan bahasa Kebangsaan Negeri Kelantan kelmarin “Orang negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas”, sebagai contoh katanya “ rumah yang saya pergi itu tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas itu adalah ganas”.

 

Beginilah sikap orang orang di area selatan tanah air terhadap Pas, Pas ini suka demonstrasi, Pas ini suka melakukan rusuhan. Kelantan, Pas sudah lama memerintah, apa cerita?