Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terus membisu, malah Kementerian Penerangan itu sendiri tidak berkata apa sehingalah artikel ini di tulis. Tetapi kalau perhimpunan ‘kepala lembu’ depa ni riuh dengan mengaitkan bab bab yang lain, ‘take beer’ dan sebagainya.
Air
Kalau hendak mempromot syarikat, masih banyak lagi ikla iklan yang ‘tidak meragukan’ untuk di cipta. Sejak ‘bermain internet’ beberapa minggu lagu di adapati banyak juga blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.
Kemana menteri Penerangan kita? atau iklan tersebut telah diluluskan tanpa syarat. Kalau tiada tindakan sewajarnya bermakna sesuailah dengan keadaan kerajaan kita yang ada. Seorang ahli parlimen yang ‘meraba’ pun hingga kini didiamkan saja dan terus senyap di bawa ke Amarika.
Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut. Sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan.
Begini masyarakat didikan kita, apabila di tegur di komplen mereke melenting. “Pembangkang ini bila kerajaan buat semua nya tak betul” kita harus sedar kalau tidak boleh menegur, tidak boleh menkomplen atau tidak boleh membangkang apa apa pekara yang tak elok, tidaklah dinamakan sebagai ‘pembangkang'.