Lanjutan dari perhimpunan Umno kelmarin, Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.
Ketua Umno Bahagia Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata "kita perlu mengadakan bahagian ini bagi menangani isu isu yang berkaitan dengan bidang ke agamaan. Sememangnya pihak kerajaan ramai ulamak ulamak yang di segani antaranya termasuklah Ust.Othman Muhammadi, Ust.Amad Nakhae, Ust. Ghazali Losong, Mashitah, Datuk Pirdaus Ismail dan ramai lagi.
Selain itu, Shabudin juga menyentuh yang MB Kelantan Nik Abdul Aziz semakin banyak merapu kebelakangan ini. Maka perlulah kita menubuhkan dewan ulamak kita bagi mengatasi banyak pekara pekara yang berkaitan. Jelasnya, saranan sedemikian bertepatan dengan perkembangan semasa kerana Umno kini dilemahkan dengan penyebaran maklumat-maklumat palsu oleh pembangkang melalui saluran berkenaan.
"Kita perlu manfaatkan sepenuhnya media alternatif. Wujudkan televisyen Umno, akhbar Umno, risalah gerak saraf serta lahirkan lebih ramai blogger-blogger Umno, tambah nya lagi.