Dalam kes ini MCA mengatasi Umno

Wednesday, October 14, 2009


Apabila orang orang China atau India menyebut beberapa ayat ayat al Quran, mereka melenting marah marah dan memperlekehkan Pas membiarkan rakan rakan Pakatan Rakyat memyebut dan dikatakan nya mempersendakan al Quran.

 

  

Sedangkan ayat ayat di sebut dengan betul akan makna nya, begitu juga dengan Lim Guan Eng  ketika merasmikan Wacana Pemikiran Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz “Islam dan Kenegaraan” di Auditorium A, Tingat 5 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) suatu ketika dahulu dan beliau sekali lagi bertekad untuk meniru usaha yang dilaksanakan oleh pemerintahan Khalifah berkenaan.

 

“Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat, ujar Lim Guan Eng, sikap sedemikian merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam ekoran prinsip Khalifah Umar untuk membangunkan negara dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang melibatkan kegiatan kenegaraan.

 

Yang Umno ini lain pula cara  nya untuk menterjemahkan keagongan agama  nya sendiri. Jika hendak di senaraikan disini akan kemungkaran yg di taja nya amat banyak.

 

Cuba kita lihat disituasi yang baru terjadi, dalam insiden ini saya begitu hormati Parti MCA yang cukup bijak menangani kemelut parti nya, MCA adalah bukan Islam, tetapi ianya lebih menjiwai ‘corak ke Islaman nya’ melebihi dari dari Parti Umno itu sendiri.

 

Dalam mesyuarat tergempar MCA beberapa hari lalu, para perwakilannya memilih jalan penyelesaian yang agak bijak, cina yang tidak beragama Islam itu lebih mengetahui dan mereka menolak pemimpin pemimpin yang ‘corup’ iaitu Presiden nya  yang terlibat dengan skandal duit serta menolak Timbalan nya yang berkait dengan rakaman ‘CCTV’ di sebuah hotel. Bayangkan orang yang tidak Islam pula menolak 'rasuah & seks' dalam kes ini, sedang 'kita' pula boleh menerima 'pekara' itu.

 

Tetapi yang menyedihkannya Umno yg di canangkan akan ‘ke Islaman’ nya pulak yang melawan arus naluri ke agamaan nya. Pemimpin yang terlibat rasuah pula yang di nobatkan nya, di Bagan Pinang. Inilah fenomena mereka yang dijanakan saban ketika. Bagaimana pula MCA boleh menolak pemimpin yang mungkar tetapi rakan nya Umno tidak begitu, rasa malu pula kepada kaum yang bukan Islam.

 

Mereka memandang ringan gejala rasuah ini, umpama nya Datuk Najib sendiri boleh berkata “Datuk Isa Samad bukanlah membuat kesalahan disisi undang undang Negara, hanya kesilapan teknikal dalam parti sahaja” betika bercakap dengan para pelajar Malaysia di Perancis baru baru ini. Boleh beliau berkata yang rasuah itu bukan kesalahan disisi undang undang Negara. Bagi rakyat yang mengetahui cukup dukacita dengan kenyataan ini.

 

Bekas PM Tun Mahathir sudah banyak kali menyeru Umno sekarang untuk berubah dan di ‘sayangi’ ramai. Beliau juga perlu membayar dengan harga yang mahal dengan kenakalan Umno ini yang menitis dari zaman nya juga. Kemana kuah kalau tidak tumpah kenasi? dan tidak mustahil kuah kuah itu turut tumpah juga ke tempat lain. Fikir fikirkanlah!