Ir.Nizar Jamaludin, sememang dikenali ramai sama ada bagi orang orang BN atau pihak kerajaan mahu pun kepada ahli ahli Pakatkan Rakyat, jemaah Pas khusus nya. Ketika beliau membuat ucapan atau ceramah tak kira dimana, di dewan rakyat, dewan Parlimen mahu pun di majlis majlis ceramah nya. Kekuatan dalam penyampaian serta fakta fakta yang di luahkan, sedikit sebanyak ‘digeruni’ pihak lawan. Klik tajuk untuk seterus nya.
Saya sendiri pun pernah berada dan mendengar ucapan nya dalam satu majlis makan malam, sebelum puasa dahulu, dan kini beliau berada pula di Bagan Pinang untuk menyampaikan missi nya sebaris dengan pimpinan PR yang lain.
Keupayaan beliau dalam ceramah, turut di segani pihak lawan itu akan di manafaatkan dalam siri ceramah nya di Bagan Pinang untuk missi serangan akhir sebelum hari penmgundian pada 1hb nanti. Mungkin di saat saat akhir sebelum hari pengundian esok 11hb, beliau dapat memperkemaskan beberapa ‘fakta’ yang di jangkakan punyai sesuatu kekuatan tersendiri, insya Allah.
Datuk Seri Nizar yang sebelum ini di sebut sebutkan akan ‘meledakan’ empat isu dalam acara kempen mahu pun ceramah nya nanti. Empat isu (mungkin senjata ampuh pakatan) berkaitan dengan Isa akan dibongkar beliau menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang. Sementara itu Nizar, ketika ditanya mengenai empat perkara tersebut meminta semua bersabar kerana ia akan didedahkan bila tiba masanya nanti (dalam masa terdekat ini).
Para penyokong Pakatan Rakyat turut merasa tertanya tanya, apakah persolan atau gimik yang bakal beliauutarkan nanti, kerana menunggu saat saat akhir untuk menyerang pihak lawan. Apakah ini merupakan gimik atau straegik yang menjadi persoalan kepada rakan rakan beliau yang lain, sama sama kita nantikan. Apa pun, perlu difahami bahawa seorang pahlawan tidak akan menggunakan senjata keramatnya sebelum tiba di puncak sewajarnya. Dan Nizar pun (dengan kebijaksanaannya) barangkali sedang menunggu puncak sewajarnya itu.
Semasa beliau berada di Bagan Pinang dua tiga hari ini, beliau banyak juga bertemu masyarakat kaum China dan kaum India. Kebolehannya untuk berkomunikasi dengan mereka melalui istilah-istilah Mandarin dan Tamil merupakan satu kelebihan beliau serta menjadi satu tarikan yang baik kepada kedua dua kaum itu. Ketika di majlis ‘Dinner’ di Kemaman satu ketika dahulu, beliau pernah mendendangkan lagu ‘Bulan’ dalam bahasa Mandarin, ketika itu kaum cina ramai juga yang hadir.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata , inilah salah seorang tokoh pelapis yang pernah dilahirkan oleh Pakatan Rakyat, khusus nya Pas” ketika DSAI berucap di Kuantan satu masa dahulu. ‘Keberanian’ beliau semasa di dewan rakyat mahu pun dewan Parlimen, sukar di nafikan. Kalau ingin mempastikan nya sama samalah kita ikuti perkembangan dalam ceramah nya malam ini dan esuk di PRK Bagan Pinang. Selamat mengundi!
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Nizar gegarkan Bagan Pinang saat saat akhir
Sunday, October 11, 2009Posted by Unknown at 7:21:00 AM