' Port Dickson' nama penjajah, bila nak tukar? - gara gara PRK

Thursday, October 1, 2009

Setiap kali pilihanraya kecil yang akan di adakan, tak kira dimana di Negara kita ini sama ada di kawasan pembangkang mahu pun di kawasan pemerintah itu sendiri, yang pasti pelbagai kejutan akan di laksanakan dengan kecepatan sebaik mungkin. Yang nyata setiap kawasan yang memperolehi pilihanraya kecil itu bakal ‘maju’ dengan segera atau lebih di kenali sebagai ‘pembangunan mee segera’. Klik tajuk untuk baca seterusnya.


Segala jentera kerajaan akan berkampong di mana sesuatu itu kawasan itu yg bakal di adakan pilihanraya kecil. Menurap jalan raya dan membaiki nya ‘segera’ kita ada JKR, membuat longkang dan menjaga kebersihan kawasan dengan kadar segera kita ada Majlis Bandaran, memberi khidmat kesihatan percuma secara ‘pukal’ kita ada kementerian kesihatan dan ‘mencegah jenayah’ secara automatic kita ada pasukan polis dan tentera. Mengadakan pengundi hantu secara terancang, kita ada emno. Semuanya sudah lengkap hendak apa lagi.. itulah kelebihan nya jika ada pilihanraya kecil di sesuatu kawasan.

Terdapat juga kes kes yang mempertabatkan sesuatu bandar di kawasan kawasan yg ada pilihanraya kecil. Dengan lebih terjamin lagi seandainya kawasan itu memperolehi kemenangan bagi pihak kerajaan. Umpama nya di Manik Urai, apabila berlakunya pilihanraya kecil disitu bandar Manik Urai di istiharkan sebagai ‘Kota Agropolitan Moden’. Manek Urai mempunyai ramai penduduk yang terbabit dalam bidang pertanian seperti penoreh getah dan pekebun kecil. Dengan cara itu, pembangunan pertanian akan dilakukan secara lebih tersusun dan sistematik serta bantuan-bantuan berkaitan boleh disalurkan dengan lebih efektif, pernah di luahkan oleh Mayuddin Yasin suatu ketika dahulu kepada Bernama. Sekarang bagaimana Manik Urai ya,..

Semalam Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu. Inilah gara gara pilihanraya kecil yang bakal menjelang pada 3 – 11hb oktober nanti kawasan itu.

"Pengiktirafan itu amat membanggakan tetapi saya tidak tidak mahu ia tinggal sebagai satu sebutan sahaja," katanya Tok Najib pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Negeri Sembilan. Peluang Port Dickson menjadi Bandar Tentera amat cerah sekali, memandangkan undi pos yang akan dilakukan oleh pasukan Polis dan tentera hampir mencecah separuh dari jumlah pengundi keseluruhan, kira kira 5,168 termasuk terdapat kira-kira 500 tentera keturunan Sabah dan Sarawak bagi pilihanraya yang lepas.

Apalah salahnya kalau nama ‘Port Dickson’ itu sendiri yang berbau penjajah itu di tukar kepada satu nama yg bercirikan tempatan, misal nya nama Port Swethenham telah ditukarkan kepada Port Kelang atau Telok Anson yg di ubahkan menjadi Telok Intan. Mungkin sempena pilihanraya kecil di Bagan Pinang itu nanti nama Port Dickson di tukar kepada ‘Port Isa’.

Itulah fenomena pilihanraya kecil di Negara kita, selamat mengundi bagi mereka disana.

- matjejakrasul