Suasana 'persekitaran' Pas sekarang mula menjadi buah mulut yang agak rancak disana sini. Tidak kira golongan mana yang berada di pentas politik, yang nyata untuk di semua peringkat sudah melebihi desas desus yang semakin kencang. Sama ada di pejabat pejabat atau di kedai kedai kopi orang ramai sudah tidak kering gusi bercakap pasal 'keterbukaan' mursyidul Pas Nik Aziz Nik Mat, meminta supaya di adakan sidang tergempar di peringkat pusat.
Beliau menyentuh dan mengaitkan beberapa kepimpinan Pas yang masih lagi 'sebuk dengan UG' dan jumaat lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah. Mereka yang dimaksud dalam penceritaan dalam blog nya itu ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Ramai juga para penyokong Pas sendiri agak tertanya tanya dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, tidak kira di peringkat bawahan mahupun kepada pimpinan. Ramai juga para pimpinan se akan akan tidak percaya dengan 'hasrat' mursyidul itu di dalam blog nya. "Setakat ini mereka mengangap hal itu bukan luahan Nik Aziz sebenarnya" itulah anggapan mereka. Sedangkan TGNA itu sendiri berkata 'ya' dalam beberapa kenyataan nya. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sudah pun menjelaskan yang beliau sendiri telah bertemu Nik Aziz selama setengah jam kelmarin, bercakap mengenai hasrat Nik Aziz itu.
Desas desus terus bertiup dan tidak kurang juga mereka ini 'mempertikaikan' cara Tok Guru itu menghebahkan ke ke merata pelusuk tentang pekara ini. Apalah salahnya jika di selesaikan secara dalaman. Apa tah lagi sekarang ini parti Pas agak sebuk menghadapi beberapa pekara yang agak tegar, seperti untuk mengatasi 'suasana tegang' di Perak atau pun keinginan ahli ahli kelab Pas untuk di serapkan sebagi sayap parti. Secara mengejut air yang tidak tenang itu ditambah pula dengan arus deras begini. Eloklah diselesaikan dengan baik masaalah dalaman ini, tak perlu di riuhkan ke serata dunia, kerana apabila sudah tersiar dalam blog secara automatik ianya tersebar ke seluruh dunia.
Umno atau khas nya Bn terus memenuhi ruang untuk mengambil temapt membedal musuh nya. Muhyidin dan Datuk Najib melonjak naik mengambil peluang menghentam pimpinan Pas. Akhbar akhbar terus memperbesarkan suasana yang terjadi. Politik tanah air sekarang berkocak kuat semacam mengatasi suasana 'keras' di Bagan Pinang baru baru ini. Inilah antara peluang yang di ambil Umno untuk 'kacau' suasana Pakatan Rakyat am nya.
Manakala Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata desakan Nik Aziz itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat parti itu "dalam tempoh terdekat ini. Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelak isu ini dimanipulasi.
Pendirian tok guru PAS ini berubah selepas Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu semalam. "EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS, kata Salahuddin lagi. Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya telah mengendur sikit tekanannya supaya PAS segera mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) tetapi kini hanya meminta diadakan Mesyuarat Khas sahaja.
Prersiden Pas turut menyentuh mengenai pekara ini, "Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih dan ini adalah cara pegangan parti kita.
Tok Guru Haji Hadi Awang mula bersuara dengan kemelut ini dan tambah nya "Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.
Bimbang juga dengan pelbagai andaian dari ahli hali atau penyokong Pas itu sendiri yang akan timbul suasana yang kurang menyenangkan di antara mereka. Apa lagi dengan juak juak di luar sana yang menanti peluang saja untuk menyerang.