Kenyataan yang mengatakan penyokong penyokong pembangkang bertindak ganas dan menyerang ahli majlis tertinggi Umno Datuk Azeez Rahim serta Menteri Perdagangan dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri cukup meragukan. Klik tajuk nya.
Datuk Azeez Rahim yang juga Ketua Umno Bahgian Baling telah membuat lapuran Polis di IPD Port Dickson pada tengahari kelmarin. Kedua dua mereka ini telah di serang dan di tumbuk kira kira jam 9.20 pagi ketika melalui kawasan penyokong Pas yang sedang berkumpul.
Datuk Azeez mebuat lapuran Polis mengatakan beliau di tumbuk di belakang, leher dan pipi nya manakala Datuk Ismail Sabri yang turut di serang itu pula tidak melapurkan kepada Polis kerana beliau terselamat dalam insiden itu. Sumber ini di lapurkan dalam Sinar Harian 4 oktober edisi Terengganu. Yang meragukan nya beliau di serang tapi tidak mahu lapur kepada Polis kerana terselamat.
Dalam artikel itu juga mengatakan mereka di serang semasa melintasi “para penyokong Pas yang sedang berkumpul, setakat ini tiada saksi dalam kejadian itu” kalau di sebut para penyokong ini bermakna lebih dari seorang yang berada disitu, dan dalam artikel yang lain bertajuk “Ismail Sabri dan Azeez Rahim di serang” pula mengatakan mereka melalui dalam ribuan penyokong pembangkang. Mengapa pula dalam ribuan itu boleh di katakan “setakat ini tiada saksi dalam kejadian itu?’
Kalau bercakap berdasarkan pembohongan dan penipuan maka hal hal begini begitu mudah akan terserlah.
Umpama nya dalam artikel bertajuk “Polis belum kenal pasti suspek” dimuka 5 harian itu menceritakan yang pihak Polis masih belum mengenal pasti suspek yang menumbuk kedua pemimpin Umno itu dalam insiden di Bagan Pinang itu dan katanya lagi setakat ini tiada saksi dalam kejadian itu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Saleh berkata “pihak nya sedang menyiasat” bagaimana kalau dalam ribuan manusia itu, boleh dikatakan ‘tiada saksi’.. tak perlulah untuk memperbodohkan orang lain nanti banyak pula persoalan nya.
Dalam lapuran akhbar itu juga ada tertulis “kekecuhan berkenaan sempat dileraikan apabila polis yg sedang mengawal perhimpunan tersedar kejadian itu”. Inilah gaya sebenar percakapan juak juak ini. Kalau sudah pasukan polis yang meleraikan insiden itu, mengapa pula dikatakan “Polis Belum Kenal Pasti Suspek”? takkan polis yg meleraikan itu tidak mahu mengambil keterangan sebagai bahan bukti. Bukankah polis Negara kita sudah di anggap antara pasukan polis yg tercekap di rantau ini? dan hampir menyamai kedudukan dengan pasukan polis yg lain di peringkat dunia.
Motif nya sekarang, bagaimana pula kedua dua nya diserang, tetapi hanya seorang sahaja yg membuat lapuran polis? yang se orang lagi tak mahu buat lapuran kerana dikatakan selamat. Lojik ke? dan mengapa pula pemberita melapurkan “Polis tidak mengenal pasti suspek” serta di lapurkan “setakat ini tiada saksi dalam kejadian itu” sedangkan yang meleraikan insiden itu adalah polis sendiri, macam mana dikatakan tak ada saksi dan tak kenal suspek?
Gambar yang disertakan menunjukan amat ramai penyokong pembangkang yang hadir dan dalam lapuran nya beribu ribu yang sedang berkumpul. Selama ini biasanya dalam lapuran akhbar arus kerajaan atau media yg se ‘angkatan’ dengan nya tak akan melapurkan begitu, inilah peranan wartawan kita. Kita semua harus sedar akan pekara ini akan di pertanggung jawab suatu ketika nanti.
- selendang 2
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Polis Wartawan dan Umno siapa yang menipu? - Bagan Pinang
Monday, October 5, 2009Posted by Unknown at 8:45:00 AM