Pantun Pemuda Umno Semalam

Wednesday, October 14, 2009

Inilah beberapa rangkap pantun yang di cipta oleh Pemuda Umno, dan di suarakan semasa Perhimpunan Tahunan Pemuda Umno, semalam.

Rasa teringin sekali untuk membalas nya, mungkin juga di lain lambaran itu pun jika ada sedikit kelapangan.

 
Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat


Daun mengkudu di atas dulang
Anak udang mati dituba
Negara berpecah pembangkang girang
Demi kuasa dan tamak haloba

Pergi berburu nun ke sempadan
Dapat kancil kongsi bersama
Selagi hayat dikandung badan
Pemuda kekal pertahankan negara