Masih ingatkah lagi pada 26hb mei 2005? salah satu antara peristiwa yang saya sendiri sukar lupakan dimana sebuah masjid yang masih lagi belum siap dibina sepenuh nya telah di robohkan dengan jayanya oleh ‘pasukan umno’ dengan kerjasama FRU. Masjid RTB Bujal Kemaman, juga menjadi satu daerah yang sama dengan roboh nya masjid Kg.Batu Puteh Kerteh Kemaman kelmarin. Klik tajuk untuk seterus nya.
Ianya di anggap satu tindakan ganas dan lebih ganas lagi dari Yahudi. Ini kerana Yahudi hanya berura ura untuk merobohkan Masjidil Aqsa tetapi belum merobohkan nya.
Yang ini umno terus merobohkan nya setelah mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Terengganu selepas pilihanraya 2004. Masjid RTB Bujal dibina di atas lot PT 3294 oleh kerajaan negeri yang di pegang oleh Pas ketika itu. RTB bermakna Rancangan Tanah Berkelompok, dan tapak yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003.
Satu lot lagi untuk pembinaan surau ialah di PT 3297.
Siri roboh nya bangunan bangunan kerajaan negeri, seingat saya sejak berada di Terengganu seolah olah macam bermulanya ‘pihak berkuasa’ Terengganu menumbangkan bangunan Masjid Bujal Kemaman pada tahun 2005 lalu. Robohnya masjid ini adalah satu perbuatan manusia.
Diikuti pula dengan roboh nya Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang Terengganu pada pertengahan tahun 2008 lalu. Keruntuhan tiba-tiba kira-kira jam 8.30 malam itu, walaupun ketika itu tidak ada hujan atau angin kuat.
Kontraktor Syarikat Yusuf Yassin Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah berkenaan.
class="MsoNormal">
Kini kita kembali ke Kemaman pula, dimana bumbung Masjid Kampung Batu Putih di Kerteh yang baru digunakan kira-kira setahun lalu, runtuh jam 9 pagi 4 oktober 2009. Masjid yang bernilai 2.1 juta itu di bina pada tahun 2006 roboh bumbong nya dan mencederakan 3 orang yang berada disitu dan seorang dari nya parah dan di rawat di Hospital Dungun.
Yang nyata nya sekarang kesemua dengan apa yang berlaku itu adalah melibatkan bangunan yang masih baru.
Inilah fenomena bangunan di Terengganu sekarang, lainlah kalau bangunan itu berumur 100 tahun.
Tangan manusia memusnahkan Masjid Bujal, dan inilah jawaban nya. Setelah berlaku dengan cepat di arahkan siasat, begitulah kecemerlangan pimpinan yang ada.
Rasanya tak perlulah dipaparkan kontrak mana yang bina, siapa yang luluskan, engineer mana yg periksa, badan mana yg lepaskan CF dan siapa ‘perancang utama’ nya, Tepuk selera tanya dada.